Friday, February 03, 2017

Sehari Di Aftal Jannah





Actually we went to this therapy center on Dec last year. Pusat terapi ni biras aku punya. Since we both ada anak autism, biras aku nekad buka pusat terapi sendiri. Dia pun dah buka satu tadika jugak. Aftal Jannah ni located at Bandar Tun Hussien Onn betul2 belakang area Aeon JJ kat situ.


Kalau dekat memang besar hajat lah aku nak hantar izara kat situ. FYI, izara da tak sekolah kat Sinar Ceria lagi. Sebab skang dah fully follow up dengan HKL. From speech sampai lah OT. Faktor cost juga sebab kena maintain yuran sekolah at the same time bayar pengasuh. Huhu.....





Pusat ni pun baru je operates. So barang2 semua masih baru dan cantik. Disebabkan izara da penah pegi sekolah terapi masuk2 je dia dah tau nak buat apa. Haha teringat sekolah lama lah tu. Yuran Aftal Jannah ni tak lari jauh kos nya dengan pusat terapi yang lain. Monthly tu memang kena spend RM1K above. But i always wonder....macam mana dengan parents yang memang cannot afford to sent their kids to the specialist? Ada bantuan ke? Ade pusat2 jagaan lain like PDK tu tapi we can't put higher expectation. Paham2 lah.... 





Bila sampai sini tengok Rafael macam boleh jer berdikari main sendiri. Tak pulak dia nak ngekot je mak nya...or merengek2. Tapi kalau kat umah lain peel dia. Herghhhh....






Bagus tau pegi sekolah terapi ni sebab pembelajaran dan teknik dia memang focus pada masalah yang kita nak overcome. Sedia duit je. Yelaa rezeki anak2 ni kadang kita tak boleh jangka. Actually aku survey dah NASOM and so on. Telan air liur dengar fees dia. Benda baik value mesti tinggi. I believe that. Setau aku dulu NASOM tak lah mahal macam ni. Assessment saja cost u RM800 
for 4-5 hourly. Ko rase?????? 






Macam lah dah duduk lama kat situ sampai serabai rambut ko ni rafael. Aku perasan si adik ni minat tools memasak. Bagi lah benda lain....yang tu jugak dia nak. Ke sebab masa pregnant dulu aku gigih masak? Seingat aku gigih makan je..Hahaha



Macam oklah pulak kalau anta both kids pegi taska or tadika kan? Aku masih lagi nak cari tadika yang sesuai untuk dorang ni. At least tak ada lah depa mengendeng dengan babysitter je kan? Sebab si adik ni manja giler. Dah terbiasa.....



Dalam usia nak masuk 3 taun ni pun makan bersuap tak nak makan sendiri. Bila tak suap macam kesian pulak kat dia kan. Hahaha yelah dia kan sakit kronik tak sampai hati mak nya. Tapi sebab tak sampai hati ni lah bahaya jadi manja and now dia tak pandai mingle sangat. My bad.....


But i will try untuk biasakan dia...ajar dia berdikari ikut kemampuan dia lah. Izara pun tengah proses toilet train. Most of the time....we fail. Tak pe..slow2. Benda yang menguji kesabaran ni selalu ada hasil kat penghujung nya. 




queen affe
queen affe

This is a short biography of the post author. Maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec vitae sapien ut libero venenatis faucibus nullam quis ante maecenas nec odio et ante tincidunt tempus donec.

No comments:

Post a Comment