Friday, January 20, 2017

Hearing Assessment




Appointment check up telinga adik.




 As expected, telinga adik memang da confirm SSD (Single Side Deaf) belah kiri. Kanan alhamdullilah normal. This time pegi HAT Mizan untuk buat test and confirm kan size untuk hearing aids dia. Disebabkan dia toddler, no fancy aids untuk dia. Kena pakai yang basic tu. Huhu baru nak berangan pakai kan adik yang kecik molek. Bukan apa....risau benda tu menarik perhatian budak2 lain. Takut kena buli... :-(





 Alhamdullilah sejak operate 2 taun lepas...so far kesihatan adik macam biasa. Makan...masih lagi picky eater. Dia suka makan kuih2..cakes and biskut. Nasi memang susah giler! 
Ayam goreng ke apa kena tengok cara masakan plak macam mana. Kalau nak masak makanan untuk adik aku pikir 2-3x sebab nanti membazir. Rosak diet mak nya. Eh...






 As usual....kalau appointment kat HAT Mizan ni kau memang kena banyak.....banyak...banyak bersabar. Patient tak ada tapi lambat nya kau jangan pertikai lah. Buat penat jer nanti. Kalau tak nak komplen pegi lah swasta. Tapi sama je...kau still kena tunggu. Cuma masa menunggu HAT ni lain dari yang lain. Hahaha





 Untuk procedure ni patient memang kena tido. Lagi2 budak kecik penakut ni. Kalau tak memang 2-3x lah kau ulang alik hospital. Tapi adik ni aku heran. Ubat tido tu macam tak ada efek pun. Katanya tido sejam dua. Setengah jam dia da bangun! 


Bermula adegan kat situ. Melalak mengamuk punya lah takut. Bukan kena injection pun. Dia punya gelabah tu macam mak nak hantar dia pegi bersunat. Rilek arrr dik!






 Lepas pujuk bagi susu...settle. Tapi kejap jer pun calm down nye. Sebab da ada bad experience duduk hospital kata nya. Asal baju biru lalu nangis. Kadang rasa give up nak tenangkan dia sebab tak tau ape benda yang dia takut sangat tu. Huhu....





Nak pujuk anak2 aku ni senang je. Bawak pegi mall...JJ ke kefor ke. Settle masalah. Senyap...memancor kebahagiaan depa ni. Lepas ni kena submit quotation untuk beli hearing aids untuk Rafael. Facing with hospital appointment ni memang memenatkan. Lagi2 kalau kau handling the kids alone. Kadang2 aku jadi narrow mind pasal PJJ ni. Ada good and bad....tapi macam banyak yang bad. Kalau pjj tak ada anak i think ok lagi. Bila da anak....rasa macam semua buat sendiri. Mengandung sendiri..beranak sendiri. Baik tak payah ada teman hidup. 


Tapi sesetengah jelah. Sebab nak kata apa kan kalau tu rezeki nya. Pendek kata...terpulang pada hati masing2. Lain orang lain caranya.


Bertabah lah aku :-)






Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment