Wednesday, October 07, 2015

Kejap Jer Kau Dah Besar....






Lama nya tak update blog. Huhuhu malas yang teramat malas...malas..malas...malas...

Lately semangat nak menaip tu macam kelaut.
Patut nya dah duduk solo ni boleh je update kan.
Ni jadi makin malas.


Alhamdullilah...tak lama lagi kami 3 beranak akan sambut besday!
Izara will be 3 years old.
Adik soon to be 1 years old.
And mak....sweet 23!! Haha-puuiiiiiii!
Yayyyyyy!!!
Rasa nak sambut sekali gus.
Seronok nya anak beranak sama bulan.
Senang aku nak taram kek
Hehe


Izara sejak pegi school ni alhamdulillah sangat banyak perkembangan positive.
Sensory dia pun ade peningkatan.
Skang ni bole paham sikit bila ajar sesuatu.
Cakap jer tak bole lagi.
Hehe
Takpe slow2 kan.
Apa yang aku observe zara ni cepat belajar.
Tunjuk sekali train sekali jer. Dia bole paham and ingat.
Contoh letak baju kotor dalam bakul.
Dia boleh apply ajaran tu sampai umah atok nenek pun.
Sebab dia cam BAKUL besar is for baju.
Kalau buang sampah tong nya lain...berbeza. Boleh differentiate.
Tapi kadang kelaut jugak.
Aku tak marah...tapi ketawa mengilai.
Sebab comel gile kalau dia salah buat.
Hahaha



video


Hari tu kami pegi JJ beli barang budak2 ni.
Surprisingly izara capai susu dia kat rak tu.
Susu lain dia tak heran sebab dia tau susu dia pack HIJAU dan design nya macam mana.
Gitewwwww...
Haiiishhh bangga mak nak!




Then izara skang memang SUKA MENGEMAS!
Tangan dia kuat mencapai barang atas meja.
And recently sangat suka main air.
Asal pegi sinki je dia menebeng kat tepi hulur tangan sambil sengih2 suka.


Dia jenis memerhati.
Pagi2 kalau bersiap dia akan follow mak nye tengok satu persatu ape mak dia buat.
Mekap2 sapu odorono ketiak...pemerah pipi bagai.
Nanti dia pun akan poyo2 gosok tangan and sapu kat pipi dia.
Hahaha


Baru lah best rumah aku dah sepah.
Adik tu walaupun tak meniarap....tapi hancus katil dibuatnya.
Boleh tahan ni kalau dah besar dua2 bergabung...hanyut rumah!
I love u kids!





Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment