Wednesday, September 09, 2015

DJJ - Duduk Jauh Jauh





Alhamdullilah.
Dah 2 minggu lebih aku duduk bertiga je dengan anak2.
Apak officially duduk melaka sebab projek based kat sana.
Mula2 ulang-alik jugak sebab katanya moto besar tak penat.


Lama2 aku pulak naik boring nak melayan keluh kesah orang tua ni.
Balik umah je...adoi letih...adoi sayur!!
Dah tu ape tujuan moto besar pun mak tak tau.
Aku tabahkan hati kuatkan semangat.
Insyaallah I will survive!!!





Hari pertama berjauhan aku ok je.
Menten kental beb.
Tak rindu...tak heran pun. Haha

Anak2 jelaa especially si zara.
Dia kan daddy's girl...malam tu ada lah 4-5 kali dia pegi dapur cari ayah.
Sebab apak dia suka bakar nyamuk kat beranda luar tu.
Nak cakap tak pandai. Jadi dia tunjuk melalui perbuatan.
Alahaiiii sian anak mak.


Yang si bujang ni memang tak ada efek sangat sebab bukan mak yang tinggalkan dia.
Kalau apak ada tu macam buat modal nak ketawa jelaa.
Lain-lain memang cari mak saja.
Celik mata mak kena ada tepi dia...tak pun belakang dia atau erti kata lain
boleh dilihat mata dari jarak yang dekat.
Gitu laaa anak lelaki.
Manja gile lah kau ni dik.
Mak nak berak pun kena buka pintu.
Kena nyanyi ABC dua tiga album sampai lah kau diam.
Janji dia dengar suara mak.
Kompem jiran2 syak aku berak bawak anak sekali.
Haha
 




Masuk hari kedua dan seterusnya kakak dah tunjuk peel.
Bagi tengok katun pun tak nak.
Merengek je.
Aku pun naik hantu bebulu sebab bila dia nangis adik pun nangis sama.
Dah dua2 drama sinetron.
Sudahnya tido lambat masing2.


Zara sejak besar ni kalau melalak memang menguji kesabaran mak.
Sebab aku tak tau apa dia nak.
Stress tau sebab tak tau apesal kau menangis tiba2.
Dorang nak mak memerap duduk sebelah sama2 tak boleh pegi mana2.
Kadang tu aku pegi dapur buat susu je.
Masuk bilik tengok muka masing2 basah lenjun airmata.


Bagus nya bila duduk jauh-jauh ni...

AKU TAK PAYAH MASAK!!!!
YAYYYYYY!!!!!!

Boleh lah aku tanam semangat nak diet balik. 
Best jugak kalau macam ni sebab masa aku banyak abis nak uruskan anak2.
Cuma tulaa bila dah uruskan alone...tekanan tinggi.
Tambah-tambah lagi senget bila permohonan untuk ME-TIME tak diluluskan. 
Why.....why....!!!!

Jadi kalau korang nampak aku tengah drive dalam keadaan gini....
Means...gila aku da sampai.
Jangan hon atau high beam aku.

 
Tolong bagi track number 26A.
Jauh Dirindu by Freedom
Ok bai




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

4 comments:

  1. sabo je la...but u can do it ibu...caiyook..semoga semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq mak. U always be my supporter! Hugs!!

      Delete
  2. All the best affe. Baru sempat baca. Sy wpun bkn DJJ.. sama jer cam apaknya xada. blh je survive dgn 3 bdk yg merengek secara berjemaah...cuma maknya xterurus la

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak terurus lah kan...rambut macam langsuir...kuku keras. hahahahaha

      Delete