Tuesday, August 04, 2015

Terima Kasih Atas Doa Kalian




A few months ago lepas minor operation...adik telah menerima kunjungan dari Big Boss mak dia merangkap bapak kepada MinDef. Haaaa gitu ayat sopan santun. Katanya nanti masuk dalam portal rasmi kementerian. Ayat kena susun hemah sesuci lebaran. 


Actually aku tak pernah war-war kan condition adik kat ofis secara terbuka. Orang tanya baru aku citer. Kat fesbuk pun aku tak pernah share. Bukan apa.....aku tak nak publisiti. Cewaaahhhh....Alaa aku rasa korang paham kan. Tak ada orang nak anak dia sakit. And tak ada sepa pun parents kat sini suka bagitau anak sakit. Kan???


Lagipun aku fikir....ada orang lain lagi susah dari aku. So setakat ini aku masih mampu menghadapi ujian Allah ni walaupun sebenarnya perit sekali. Syukur alhamdullilah rezeki adik Dato Sri KSU MinDef sudi datang melawat even jenuh mak nya tolak. Hehe




Bila PA Dato call bagitau nak datang jugak memang berpeluh mak nya. Yelaa mana lah pernah orang ADA-ADA nak datang rumah mak ni haa. Masa izara dulu pun tak ada dapat liputan macam ni tau! Haha...jakun lah kejap. KSU yang baru ni memang sempoi orang nya. Bukan nak banding2 kan tapi dia ni jenis ambil tau kebajikan staff2. Bos kecik aku pun tak macam ni. Eh....





Alhamdullilah adik behave sangat time ni. Kebetulan masa ni Izara tak sihat dia dok dalam bilik dengan atok. Nasib baik atok ada boleh tolong jaga kan zara. Aku punya kelam kabut tu memang tak cukup nafas. Dengan zara yang tak sihat...cirit birit demam panas. Pagi tu aku sempat anta adik kat uma BS and jaga zara sementara tunggu atok dia datang take over.


Tepat pukul 4 petang escort2 dia da tiba and tunggu kat bawah rumah. Tetiba cuak sebab baru nak amik adik kat uma BS. Tak nak lah depa nampak aku kuar and pegi amik adik. Macam mana aku buat pun aku tak ingat. Yang pasti macam lipas kudung. Dukung zara and adik at the same time. Yang aku tau elok aku tukar baju adik dorang door bell da. Haaaaa semput?



Bila depa sampai je...kamera flash sana sini. Sebijik macam liputan TV3! Hahaha jakun laa mak kau ni dik. Sesekali rumah aku meriah gini...rasa janggal and over exposed plak. Jiran2 sendiri tak tau perihal adik tetiba KSU datang. Dorang pun heran apesal parking kat bawah pack semacam dengan kete2 gelap.

Aku memang tak ada buat apa2 persiapan pun. Da korang degil sangat nak datang. Aku bagi air kotak dengan mineral je. Lagipun dorang semua baru lepas makan sedap. Hehehe nasib baik lah Dato and Datin ni sempoi orang nya. Sampai2 je terus pegi amik dukung adik. Anak aku plak pandai bawak diri. Senang sikit mak dia nak kena intebiu.





Aku kalau boleh tak nak lah kisah adik ni diperbesarkan sebab da tau nanti ada suara2 puaka  mengata . Walaupun skang aku mengamalkan konsep PM = pegi mampus dengan kata2 orang tapi sikit2 terkesan jugak. 


Aku tak mintak semua ni. Ini semua rezeki adik. Kalau ada yang bagi sumbangan pun semua untuk kegunaan dia. Tak payah lah nak kuar statement jaki 

"Waaa boleh lah kau soping pasni. Alaa bape sangat lah kau nak soping beli barang best2. Duit orang sedekah kau tu lebih dari yang kau kena bayar ni. Dia tu pegawai kan nape nak sumbang lagi. Duit dia lagi banyak dari kita". 

Excuse me...Aku masih bergaji nak beli keperluan sendiri. Pegawai ke bukan....kita masing2 ada komitmen. And.....sedekah tak akan memiskin korang. Paham?



Dato sedang menemuramah mak.
Masa ni memang gebang mak nya bercerita macam doktor.
Kakakaka 
Bila lagi nak poyo kan...

Dorang semua heran tengok adik aktif and macam biasa. I mean not so cynosis (blue=birat). Dia kecik lagi symptom2 dia lama2 akan nampak bila makin besar. Dalaman kita tak tau kan...luaran nampak normal.






video

Datin Sri ni sangat low profile.
Dari gaya dia memang tak sangka dia ni bini KSU.
Dress up pun biasa saja.



Lepas sesi temubual terus ajak depa minum. Tengok jelaa atas meja jemah tu. Ya ampunnnnnnn dengan tudung saji..ubat2 izara. Nak tau....towel coklat atas kusi yang Dato duduk tu towel muntah izara. Aku lupa nyorok kan. Aku bagitau kat sini je tau. Hahaha senonoh sangat......




Sempoi tak atok angkat adik?
Mbahahaha
TQVM Dato dan Datin Sri
Serta tetamu2 lain yang mendoakan kesejahteraan adik.
Semoga Allah balas budi baik kalian.







Seminggu baru kuar kat portal.
Yelaa kau bajet retis sangat arini Dato datang 2 jam lepas tu berita release. 
-___-
Gambar dari OP ni cantik.
Cuma tang tangan tu macam edit. 
Lengan bapak besau tetiba tangan....
Kurus!



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment