Friday, August 28, 2015

Sebab Tak Jadi Kat Korga Dia.....







Tadi kan masa amik zara balik dari school and nak hantar dia ke uma BS....
Aku naik satu lif dengan satu brader ni.
Muka dia ganas....
Suara pun kasar dan garang.

Dia tegur aku dalam lif.
Mula2 borak biasa.
Tanya duduk blok mana and anta kat uma BS tingkat bape.


Tiba kan dia tanya...

"Anak awak ni pegi hantar sekolah ke?
Baru balik sekolah lah ni?
Laaa....apesal lah awak hantar budak kecik macam ni pegi sekolah.
Dia tak ada life nanti.
Budak2 ni nak enjoy nak suka2 main dengan budak sebaya lah.
Nape lah kecik2 dah bebankan dia ke sekolah."


Brader ni siap buat muka ala-ala
ALAHAIIIIIIIII gitu.
Haaaa macam tu tau.


Macam good-good je brader tu eh
Aku just senyum menyampah kat dia.

Pintu lif bukak je..
Terus aku tendang bontot brader tu sambil cakap



GET OUT!!




SHADAP U!!!!!


Ok..tipu.
Mak berangan je.




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment