Monday, August 03, 2015

IJN Episode : Minor Operation Adik




Citer ni actually bulan 5 yang lepas. Mak tak ada masa dan tak ada mood nak update thru blog. Sejak menjak ni asyik stress dan tertekan. Sungguh pun begitu...badan tak selim jugak. Bak kata opismate aku...


"kau ni aku tengok ke hulu ke hilir rushing sana sini.
tapi badan kau tau susut eh?"


Pedih aku mendengarnya.
Hahahaha




Ok seperti yang dijadualkan. Adik kena admit IJN untuk minor operation or called as tube test. Test ni dibuat untuk make sure tekanan darah dan perjalanan jantung adik sebelum major operation dibuat. Doc da set 3 hari untuk procedure ni kalau tak ada apa2 efek or masalah boleh lah balik.



Procedure IJN ni memang macam2 and lama2 aku da get used. Kira nya da ready lah ni. Kalau admission tu macam mana and ape next step yang usually dorang akan apply. Proses admission dia senang and tak tunggu lama. Sangat sistematic and kita pun tak merungut sangat.

Bila da naik ward selalu nya nurse akan check semua details termasuk pre-echo sebelum betul2 boleh landingkan anak atas katil. Berat tinggi and SpO akan diperiksa. Result adik macam biasa lah. Aku risau jugak if tube test tak dapat buat sebab adik batuk kahak aritu.


Bila doc check and buat xray....doc cakap adik ok je. Kahak tak banyak and lungs clear. Eh....hairan pulak aku. Rupanya adik ni batuk tak teruk mana pun. Tapi sebab masalah jantung dia tu buat condition dia worst. Malam sebelum procedure adik kena puasa dari jam 4 pagi sampai at least pukul 8 pagi. Air masak pun tak boleh minum. Ya Allah....tabahkan lah aku waktu2 ini. 


Alhamdullilah esok pagi nya adik tak tunggu lama. Around 10 am da masuk bilik OT and procedure start macam biasa. Dalam hati tak henti doa sebab doc da explain yang mana risiko boleh terjadi masa tengah buat test. Antara nya.....jantung stop. Nauzubillah....


Aku tak nak pikir apa2 jadi aku buat2 lah happy. Sementara tunggu adik siap aku jalan2 kat lobby lapangkan fikiran. Pegi Gloria Jeans kopibin. Kuar bawang wallet aku....bukan makin happy aku rasa. Rasa sebak sebab apesal bengong sangat pegi mengabiskan duit kat tempat orang kaya????? Whyyyyy???? Pastu mengadu duit abis... 

Ish....




Dalam 3 jam macam tu ICU call bagitau adik da sedar and boleh bawak naik ward. Alhamdullilah nampak adik tenang je walaupun kat pangkal peha kiri kanan kena tebuk lubang nak masuk kamera dengan teknik laparoscopic. 




Adik masih stone lagi sebab ubat bius. Lama jugak nak bagi ubat bius tu hilang. Pukul 11 malam baru lah nampak adik yang sebenar. Alhamdullilah adik memang kuat. Ibu je yang tak tahan tengok adik berwayar semua ni. Esok pagi Doc Marhisham yang incharge procedure semalam datang explain.


Aku sedia maklum condition adik and try to be relax when doc said everything is negative and operation kena buat dalam masa terdekat. No date...just be prepare. Berdebar kan rasa? Kita tak boleh nak bersedia sebab tak tau tarikhnya. Allah saja yang tau betapa hati mak ni...speechless....empty. Kalau dengan Doc Marhisham ni memang serious. Dia cakap straight tak ada senyum2 sebab tak nak bagi harapan palsu pada patient family.


So Doc plan nak operate dua benda. Pertama nak betulkan saluran pernafasan terus ke lungs and besarkan lubang yang ada pada injap (the only valve) untuk kuar masuk darah dan oxygen. Tapi tak boleh janji both plan will succeed. Mesti ada risiko....


Tak apelah aku tau Doc akan cuba buat yang terbaik untuk anak mak ni. Ape yang Doc terangkan tu semua untuk kebaikan adik. Aku berserah segalanya pada Allah. Alhamdullilah hari ketiga dah boleh discharge. Lega sangat bila tengok adik aktif macam biasa. Terkinja2 terangkat kaki...tepuk2 tangan semua. Yang penting senyum manis sekali.....hehe



Jom balik!

Macam biasa.
Naik kete otometik bahagia.

Alhamdullilah.
Selesai stage 1.

Ibu terlalu sayangkan adik
I need a miracle.
-___-




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments:

  1. you are so strong affee. Pray to adik semoga sihat selalu dan gembira. Amin.

    ReplyDelete