Wednesday, August 12, 2015

IJN Episode : Major Operation Stage 2


Short notice.
IJN call and terus admission.
Bayangkan minggu lepas kami beronok-ronok sekorga...
Tiba2 IJN call bagitau date operation da ready.
Aku bersungguh-sungguh nak melaram adik masa raya aritu.
Hari2 doa biarlah operate lepas raya. Supaya adik dapat enjoying his 1st raya together.
Allah makbulkan doa aku....kami dapat beraya sama2.


Dalam masa yang sama dalam hati tak rela dan tak bersedia kalau IJN panggil secara mengejut. 
Tak boleh nak bayang macam mana keadaan adik nanti.
IJN call ari Rabu....khamis admission and operation Jumaat nya.
Semua berlaku dengan pantas.


Redha....


Adik macam tau2 je nak kena bedah.
Masa nak tunggu admission muka masam je.
Tak friendly tetiba.



Procedure sebelum operation.
Mesti lalui 2 benda ni.
Kena buat echo and X-Ray.
Macam biasa masuk wad memang dorang akan IV Line awal2 untuk drip air and ubat.

Untuk operation adik ni mak cuba persiap mental dan fizikal.
Cuba kuat dan bertahan sebab nanti adik akan ade 3 line dekat leher. 
Kiri kanan tangan ada line.
And 4 line kat tangan kiri masa operation berjalan.
Pendek kata....
Badan adik nanti akan berselirat dengan berpuluh2 wayar.
:-(



Hari pertama kat wad.
Masa ni belum start puasa.
Masih ceria dan ketawa melekek2.
Doc bius consult adik kena puasa start jam 4 pagi.
Tapi boleh minum air masak sampai jam 6 pagi. Pastu puasa sampai turun ke OT.



Rehab nurse bagi mandian khas ni untuk baby yang nak kena operate.
Nak mandi kena guna surgibath ni.
Sehari sebelum da kena pakai. Ini untuk elak baby kena alergik sabun masa mandi lepas bedah tu.
Sabun mandi biasa tu boleh guna cuma kena tunggu seminggu dua macam tu.
Before that dorang try sapu cecair ape ntah nama dia dekat kaki adik. 
Alaa yang salu doc bedah sapu atas body sebelum bedah tu.
Dorang test dulu takut baby ada alergik liquid.
Alhamdullilah adik ok.



Mak atok datang teman.
Kesian mak aku.
Suppose dia balik Muar. Atok aku sakit tenat.
Tapi mak pilih untuk teman aku kat sini.
Ya Allah....dugaan besar buat my family.
Aku serba salah....
Aku nak balik tengok atok :-(


Kalau ikut kan adik dapat 1st case.
Last minit ada urgent case.
So turn jadi kedua and kami tunggu sampai jam 12.30 tengahari.



Puas jugak nak pujuk dia ni.
Macam2 cara nak bagi dia diam jangan mengamuk.
Puasa kan...meragam jelaa.
Semua tak kena.
Aduhaiiii sabar.....




Nampak adik macam tembam je.
Muka je pau....badan kecik.
Berat adik yang terkini 6.7kg saja.
Tak apelah....alhamdullilah.
Lepas operate nanti berat akan loss and doc cakap normal. 




 Tepat jam 1.30 tengahari.
Aku hantar adik ke OT room.
Ya Allah sebak sangat.
Sebak....

Doc bedah adik kali ni import dari Japan.
Dr. Noritaka.
Doc bius plak dari arab.
Doc kat OT tu sangat positive and aku puashati dengan explanation from them.
1 minutes consult and adik is ready nak dibius.
Meleleh2 air mata mak dia.
Cium adik puas2.
Good Luck adik...be strong!
Ibu tunggu adik.



 Ya Allah....
Please ease everything..
:-(





Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment