Monday, August 17, 2015

IJN Episode : Major Operation Stage 2 - Wad Biasa



Alhamdullilah
Adik da transfer ke wad biasa.
Perasaan aku masa ni....
Sedih..happy semua ada.



Badan adik masih berselirat wayar.
Aku masih belum boleh dukung dia.
Adik tak meragam sangat masa ni.
Mungkin masih ada ubat tido.
Dia nangis pun weak je.
Lapar...sebab susu kena catu.

Lepas operate tak boleh makan minum banyak terus.
Kena sikit2.
Adik biasa minum 8oz
Lepas operate kena minum 1oz sebab takut nanti ade cecair lebihan di paru2.
Susah nanti da kena tebuk lubang lain plak kuarkan fluid tu.
So far adik cuma ditebuk satu lubang je untuk kuarkan darah kotor.
 



Esok nya adik dah bebas wayar.
Tinggal IV Line saja.
Yang kat leher pun da cabut.
Lega....baru boleh dukung adik.

Tapi dia da start cranky.
Aku stress jaga dia kat wad.
Dia lapar tak boleh minum banyak.
Malam dia tak boleh tido.
Dia start trauma and fobia dengan baju putih...baju biru.
Nurse and docs
Sejak naik wad tak penah senyum.
Muka ketat...moody.


Aku penat.
Tensen sangat dok kat wad dengan adik yang meragam non stop.
Bertambah tensen bila time makan ubat.
Aku menangis masa bagi dia ubat.
Cepatlah boleh balik umah.
Aku betul2 tensen.




Nak dukung baby yang lepas dibedah ni kena ada cara.
Tak boleh belasah je macam selalu.
Untuk 1st month ni kalau nak angkat dia kena buat macam kita angkat newborn baby.
Sauk dari kepala dan badan dia.
Tak boleh direct kaut kat ketiak. Tulang dada baru nak bercantum balik.
So fragile.....


Mula2 aku kekok jugak.
Lama2 rasa ok and konfiden boleh jaga adik.
Malam2 kat wad bila adik da tido...
Aku mesti menangis atas sofa.
Rasa tekanan perasaan yang tinggi.
Lemah....
Banyak benda sedih berlaku serentak buat aku rasa down.


Genap 12 hari di IJN doc pakar bagi discharge.
Alhamdullilah.....
Tekanan baru akan mula kat uma pulak pasni.
Takpe...yang penting kita boleh balik da dik!
Konfem adik tak stress and trauma lagi.
 
Bukti nya.....






































Pandai dia kan.
Tau plak dia boleh balik uma.
Senyum meleret2....
Abis ditegur semua patient yang ada kat situ.
Eksyen lah tu dah boleh balik.


Masa nak balik pakar bagitau lepas 3 bulan nanti datang balik buat CT Scan nak buat post operation. Nak tengok ok ke tak yang dibedah tu. Kalau tak...urgent operation akan dibuat lagi.

Tak tau nak cakap apa.
Kepala da stuck nak digest apa akan berlaku next.
Cuma nak cakap TQ so much doc...

:-(






Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments: