Friday, August 14, 2015

IJN Episode : Major Operation Stage 2 - ICU







Adik masih di ICU.
Ni hari ke-4 adik di duduk sini.
Nurse tolong jaga.
Dekat ICU parents tak boleh stay jaga anak.
Masuk pun waktu melawat saja.
4 hari adik intubated.


Alhamdullilah
Doc cakap operation went well.
Cuma doc dapat buat satu plan je dari dua.
Plan pertama betulkan saluran pernafasan terpaksa stop serta merta sebab masa operation berjalan komplikasi berlaku and doc leave it terus. 
Tak usik langsung dah tempat tu.
Risiko...


So doc cuma dapat besarkan lubang pada injap dan tutup (banding) pada saluran yang bocor.
Doc kata keadaan adik tak stabil masa operation tengah buat.
Lepas ni akan ada lagi operation.
Dalam masa terdekat.
:-(


Risau...
Kata doc lagi lungs dia efek teruk.
Buat masa ni tak berkembang baik.
Lepas operate normal untuk lungs jadi macam tu.
Depends pada baby macam mana.
Ada rezeki cepat...
Kalau tak kena tunggu sampai lungs improve.
:-(

  
Hari kedua adik da sedar and ubat bius da tak ada.
Doc terpaksa bagi ubat tido lagi bagi dia rehat.
Sebab adik cepat terjaga. Ubat tido tu macam tak power.
Kalau tak nanti dia meronta nak tarik tiub nak garu kepala and macam2 lagi lah percubaan melepaskan diri yang dia cuba buat.
Alahaiiii anak ibu....


Day by day doc try untuk change oxygen support.
Sebab long intubation tak bagus untuk lungs dia.
I'm very familiar with this based on pengalaman zara dulu.
Ibu doa ari2 supaya adik cepat sembuh.
And u able to breath urself sayang.




Masa adik kat ICU...
Kawan2 mak datang melawat.
Alhamdullilah rezeki adik..
Ramai doakan adik. Tengok sendiri keadaan dia dalam ICU tu.


Families and friends cakap muka aku nampak relax. 
Tak sedih.
Airmata setitik pun tak nampak.
Dorang tak tau betapa pedih dalam hati aku ni.
Balik umah menangis sepuasnya sampai selimut aku tak sempat kering.
Aku cuba tak menangis depan adik.
Tapi masuk hari ke-3 adik da mula gerak2 sikit kepala dia.
Tiba2 apak dia panggil nama..
Rafael Aaryan.....
Adik senyum meleret...


Terus aku keluar senyap2 dari ICU.
Teresak2 aku nangis kat tepi sinki basuh tangan.
Paling sebak and tak kan lupa...
Bila kali pertama adik buka mata lepas operate dia nampak ibu ayah....
Dia menangis sambil depakan tangan mintak peluk.
Ibu tak boleh peluk...cium adik.
Do u feel me moms?????

To...
My Family
My Colleague
My Besties
TQVM for ur support!



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment