Thursday, August 20, 2015

IJN Episode : Daily Routine



Ternyata anak mak ni trauma duduk kat hospital.
Balik uma memang dia kembali kepada anak mak yang dulu.
Peramah...aktif...suka senyum.


Sejak discharge IJN aku anak beranak duduk umah mak. Da rasa macam tengah pantang bersalin adik lah plak. Berkampunglah kat uma mak ni sampai 2 minggu.
Adik kena kuarantin tak boleh pegi mall or exposed kat luar for 6 weeks.




Tapi kira ok lah duk uma mak sebab ade abah atok yang tolong tengokkan adik.
Dia ni BFF dengan atok dia.
Suka sangat kalau atok melayan dia sorang.
Jadi mak nya boleh makan dan bersiram dengan tenang.....
Haha




Senang jaga baby yang operate ni sebab luka jahitan dia cepat baik.
Jadi tak lah takut sangat nak jaga dia kan.
Cuma nak mandi tu towel kena ade dua.
Tak boleh campur dengan towel satu badan.
Kena ada khas satu untuk lap tekap2 kat kawasan stitches tu.

Nak mandi tak ada masalah pun nak pakai sabun ape.
Yang penting kena jaga kebersihan betul2.
Kalau berpeluh sikit kena tukar baju.
Susu tumpah kat leher ke dada baju even sikit kena jugak tukar.
Ikut jelaa advise doc. 
Nampak leceh tapi ni lah yang bantu menyenangkan hati kita bila luka anak cepat sembuh.
Tak lama sebulan lebih je pun.




Yang penting tengok saja laa ubat dia.
3 jenis dan kena makan 3x sehari setiap 8 jam.
Makna nya sampai tengah malam lah aku berperang dengan dia.
Ada satu malam tu...aku tak dapat kawal perasaan.
Adik mengamuk tak nak makan ubat.
Aku baling syringe ke dinding.
GERAM.
Pastu nangis sama2 dengan adik.





Kuatkan lah aku Ya Allah.
Bagi aku kesabaran yang tinggi.
Sembuhkan lah anak ku....



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment