Thursday, August 06, 2015

Beraya Di Johor Bahru





Salah satu agenda anniversary.
Pegi jalan-jalan.
Kejap je kan....tahun lepas pegi celebrate kat pantai timur.
Adik dalam perut lagi. 
Tiba da nak pegi celebrate again.
Sungguh masa berlalu pantas.



Tahun ni kebetulan anniversary jatuh pada Hari Raya jugak...maka alang2 sambil menyelam kita minum air. Apak dorang ni beriya ajak jalan ke JB sebab dia tengok Majalah 3 episod makan murtabak cheese mewah tu. Dia ni kalau bab2 gini jan laa kau buat bodo je. Seminggu straight memang cite dia pasal benda ni je.


Aku ni malas nak jalan-jalan sebenarnya sebab zara pun tak sihat sangat. Lagipun aku sangat economic (kedekut) hahaha. Siyes malas nak kemas2 baju bagai. Kalau da hari2 dia sodok aku citer murtabak ni kan...lama2 aku mengalah jelaa. Tapi....tapi....tapi.....


Tak kan nak ikut kehendak kau sorang je kan. Da pegi JB sila lah bawak aku beraya ke rumah kawan lama masa kerja dan LI di JB dulu. Past 12 years ago aku penah menetap di JB and kerja sementara kat Jabatan Agama Johor. Huwaaaaa lama ni tak jumpa kawan sekepala. Asik thru online je. Excited!



Sebelum bertolak ke JB kami singgah balik kampung kat Muar tengok atok. Aku dandan adik siap berbaju melayu macam nak berzapin. Puashati mak! Hehehe...amacam hensem tak adik? Saja nak melaram sebab mana tau nanti adik nak kena operate tak sempat nak melaram sakan. Izara pun aku pakaikan gaun. Asik seluar je kan. Biar cecomel semua......



Mula2 pegi beraya rumah kawan apak kat Rengit. Tapi tulaaa beraya sikit punya lama gambar sekeping pun tak ada. Alaaa sian laki aku. Nak buat macam mana da rushing nak ke JB da. Tak ada rezeki nama nya. So....aku semat dalam kepala otak JANGAN LUPA AMIK GAMBAR bila jumpa kawan lama.


Sampai Tampoi.....lepak2 borak sikit punya lama. Maklumlah 12 taun tak jumpa! Cakap macam tak ada esok. Nasib lah si zara boleh bawak diri tengok TV kat rumah orang. Phewwww...adik macam biasa lah mesti nak melekat dengan mak nya. Tengok jam da nak pukul 9 malam. Langsung lupa amik gambar. Hahaha...Da lewat sangat nak check in. Asalnya aku pilih Silka JB hotel..tapi nak patah balik ke sana macam tak bebaloi. Apak nya da aim nak dinner kat Senibong. Dia sangatlah rajin gugel tempat makan. 




Anak2 pun da keletihan dengan adik asyik muntah. Aku da belengas giler memang tak sabar nak mandi nak rehat. Last2 check in Grand Paragon. Dapat dua katil separa queen bed. Combine....jadi heaven luas. Not bad hotel ni and boleh guna gomen rate. Yayyy!!! Next time aku nak try KSL City Hotel. Best woooooooo situ.....tak pe...tak pe. Next!






Saja nak bagitau.
Aku berjaya abiskan satu hari pakai baju raya.
2 kali adik muntah kat baju mak nya.
Gigih.




Breakfast dia pun sedap. Variety makanan banyak. Aku bab makan tak cerewet.
Ada nasi lemak...sedap dah best.





Sebab da tau nak pegi hotel...mak da bungkus bikini zara siang2. Saje nak bawak dia pegi pool. Lama benar cik kak tak berkubang. Tapi tulaa tak best sangat sebab pool nya kosong. Tak ada orang langsung. So zara pun macam alahaiiiii....alahaiiiii....malas aku. Layankan je mak apak kau ni. 


Air dia sejuk nak mampus. Aku celop2 je zara tak berani nak lama2. Adik tak lepas ler kalau air macam ais ni. Kau posing jelaa dik jadi laaa. Tu pun sebat baju kakak sebab pagi buta dia muntah. Haha redho laa dik.




Balik pool boboi tertewas. Macam lah dia yang swimming kan. Kemain syahdu tido nya. Airkon sejuk dan selimut tebal. Bebaloi ni bawak anak2. Menikmati sungguh....

Kat uma jangan harap ler dia ni nak berselimut. Telingkup segala benda atas badan dia. Kat hotel tahan tu tido sejam lebih selimut tak beralih. Berat kot blanket tu...punya laa alim tido tak berganjak.




Kali ni check out dari bilik cukup2 makan je. Tak sempat nak berlenggang2. Aku geram je dengan apak dorang ni. Sejak menjak ni peel tak nak mandikan anak2. Pikir baju dia je basah. Cari point je orang tua tu setelah 6 taun ni. 



Bengkak je hati aku ni. Diajak pegi cari metabak cheese pun aku iya2 kan jelaa. Tak ada mood dilayan sebegini rupa. Yang aku heran terer kau mamat ni cari jalan. Jumpa plak gerai nya. Pastu yang turun order nya aku jugakkkkkk. 





Sampai je gerai metabak budak tu terus bagitau order queue panjang. 40 min masa menunggu! Dah alang2 datang dari jauh kata nya. Mak order metabak cheese kambing biasa dengan metabak cheese special. Eh bukan tengah bengang ke aku ni?????







Sebab semalam nya lupa amik gambo dengan member lama...aku mintak laki aku patah balik pegi JAJ jumpa kawan aku ni. Nak gambar semata2. Hahaha dia tak marah...diturutkan kehendak bini dia. Yelaaa nak kawtim ngelat dia laa tu tak nak handle anak2. 


Oklaa tak jadi nak marah. So sepa2 yang belum rasa metabak cheese ni wajib pegi beli. Sumpah sedap! 40mins worth! Hopefully anniversary taun depan murah rezeki nak pegi obersea plak. Mudah2an anak2 sihat dan mak dapat deting dengan apak berdua. 


Berangan jelaaaaaaaaa........







Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment