Wednesday, July 22, 2015

Selamat Hari Raya 2015




Selamat hari raya semua!

Tiba2 da raya. Ya Allah cepat betul masa berlalu. Sorry lah mak memang saja biar kan blog bertaik cicak. Biar lah lama sikit. Baru lah uolls rindu. Perasan eh ada fans? Blog kita......suka kita laaaa hahaha


Raya taun ni alhamdullilah Allah bagi rezeki peluang raya empat beranak. Adik da tentu2 paling excited. Cheeky boyyyyyy dia tu. Yelaa merasa lah mak dapat anak lelaki yang keje nya nak berkepit 24 jam. Bukan merungut tapi menikmati kemanjaan adik tu sepuas-puasnya. Orang cakap anak lelaki dengan mak memang macam tu. Nanti dia da bujang berkepit dengan gepren plak. So...nikmati lah zaman clingy dia tu. Mak ok je.....best ape dapat handbag kekal abadi ni. Yang tak best kalau ade orang2 tua yang tak paham situation anak kita. 


Macam kita ni nak mengelak dari buat keje. 
Yelaa...aku layan kan je korang nak cakap ape.
#nottomylevel....
kata hazwan hali.
Hazab kan. 
Puiii...hahaha



Taun ni turn kat Muar. Cuaca skang ni memang panas bahang terik. Uma kampung kalau malam sejuk sampai ke tulang. Bila siang memang mandi peluh masing2. Gambar korga dapat sekeping dua jelaa. Izara pulak demam on off dengan batuk asma nya. Memang aku tak lah semangat raya sangat. Janji ada....cukup. 


Muka zara memang obviously nampak tak sihat. Pastu meragam dari pagi sampai petang. Menangis je keje dia. Tak boleh buat keje lain. Nak makan pun tak sempat sebab dia nak berdukung je. Adik pun sama. Nak main nak orang agah tapi mak nye kena ada sama. Kalau tak nangis sampai muntah2. 1st day raya je adik muntah 4 round. Punya laa cranky tak nak orang lain pegang.


Nampak tak memancorrrr kebahagiaan adik bila mak dia dukung. Seriously bila anak masuk dua and both ada health problem kau kena banyak sabar. Yang mana aku tak boleh sabar. Phewww....aku cepat stress handling these two babies. Tapi aku bersyukur sebab apak banyak tolong. Even kadang tu lebih banyak tengok kan saja dari tolong sesungguhnya. Hahaha mati laa mengumpat lagi.


Yang sorang asik muntah bila kita letak tak dukung dia. Sorang lagi terkencing berjejes2 pastu melalak2. Ko tak ke stress pagi raya macam ni? Betul2 uji kesabaran mak dia. Macam zara bila sampai tang mengamuk tu buat mak geram. Terkencing nya area orang nak solat plak tu. Aku heret masuk jamban...kasi ceramah satu perenggan. Tapi tak delah marah pun. Suara poyo2 gitu konon gertak.


Kuar jamban...atok dia marah aku balik. 
"Jangan lah marah dia.
Ingat balik macam mana zara duduk dalam inkubator.
Sian dia tau"

 Sindrom atok nenek.

 Yang ni kes sama macam raya taun lepas.
Mengamuk sakan.



Keadaan menjadi reda bila masing2 bersama gepren dan boipren masing2. Harus lah berwajah bahagia gitu. Kami pun tak ke mana2. Beraya pun tak sebab kesian kan anak2 dengan cuaca panas. Nampak macam mengada kan? Malam tu zara tiba2 demam panas. Tu cara2 memerap dalam umah. Kalau aku ikut ati pegi beraya tak tau lah zara macam mana. Mintak mahap sedara mara yer....





Da pukul 4 petang baru mood dia ok. 
Tu pun sebab uma buyut da kosong tak ada orang. 
Ish...
-____-


Oklaa nak pegi kayuh basikal.
Makan banyak sangat.
Maklumlah tak pegi beraya.
Bontot melekat kat meja makan.




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

4 comments:

  1. comel adik...ceria je dipagi raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....muntah banyak kali pun tak jadi nak marah. Bahaha

      Delete
  2. Comelnya bebudak... Sedondon gitu. Dapat pulak awak Cari songkok Adik eh? Comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah dapat. Auntie dia bagi. Kebetulan kazen dia xmuat. heehee

      Delete