Tuesday, June 09, 2015

Langkawi




Lama nya blog mak ni tak update!

Sebelum adik nak admit ke IJN, apak plan nak bawak kami pegi jalan2. Nak kasi hilang stress dia cakap. Bukan ke sepatutnya pegi selepas operate? Layan jelaa bapak kau ni dik. Dah orang ajak tak pegi nanti kata mak tak spoting. Lagipun besday boy nye impian. Kena tunaikan...kalau tak sendu pagi raya kelak.



Destinasi nya tak jauh sangat. LANGKAWI.
Tapi jadi sangat jauh gila bahabs bila kau naik kereta drive sendiri.




Sebelum sampai Langkawi, it a must to try Laksa Kak Su.
Sedap kau!!!!! 
Balik nanti aku nak tapau.



Even bukan pegi time school holiday tapi the crowd memang tak yah cakap lah.
Langkawi ni antara destinasi percutian pendek.
Bukan family je suka datang.
Student2 bersepah aku tengok pegi bercuti.
Aku dulu cuti sem terkangkang je kat rumah tengok akademi fantasia.
Hahaha




Masa ni feri kosong orang baru nak masuk.
Silapnya kami beli tiket 2 seat saja.
Perjalanan almost an hour. Kebas peha apak pangku zara
-___-




Semoga percutian ini menjadi pedoman buat apak. 
Ni first and last laa aku naik feri.
Apak..sila kumpul duit banyak2 bagi kami naik belon.
SEKSA!!!



Sampai Jetty Kuah dalam pukul 5 pm.
Urusan hotel dan kereta sewa dah settle awal2.
So sampai sini tinggal tunggu.
Mak tak kuasa nak dress up santek2 noks.
Da nama nya bawak anak kecik.
Rupa sakai tak apa janji duit belanja ada. 
Eh


Nasib baik aku pakai baju biasa2.
Adik bape kali muntah.
Dengan cuaca panas nya.
Ketty lecak kau jangan kira lah.


Untuk holiday kali ni, aku da plan nak pegi mana and buat apa. Maklumlah ada budak kecik ni kena plan betul2. Nak jalan2 pun biar lah berbaloi kan. Tengok pada budget dan masa yang ada kami cuma sempat nak pegi underwater world dengan 3d art museum. Lain2 tu maybe jalan2 on road jelaa. Cuaca sangat tak sesuai nak catwalk tengok beras terbakar ke apa. Kulit anak2 aku yang terbako kang.



3d art museum.
Bole tahan harga.
Sebab zara pun da kena bayar.
Kena lah kita modalkan dia cukup2.
 

Posing memang ntah hape2 je.
Tukang snap gambar aku...dukung anak aku...angkut beg aku.
Gambar aku memang tak ada lah.
Sian tak?
 Hahaha


Nama pun besday boy nye wish...
Mesti lah muka dia je banyak.





Banyak gambar da di spoil kan oleh zara.
Anak aku ni....mmmmmm
Tak boleh lepas tangan tak boleh ayah jauh dari dia.
Keje dia melalak je.
Mak stress betul bawak dia ni pegi jalan.
Penat apak pose...tetiba kau lintas laa mundar mandir laa.
Hahaha sukati kau lah nak...





Then terus ke underwater world tengok ikan.
Sini lebih kurang aquaria tapi dia besar lagi dari aquaria.
Ikan sama je beza dia tak ada ikan pari yang bapak besau macam kat KLCC tu.
Jadi aku kurang jakun di situ.




Adik really enjoy tengok ikan.
Excited gile tengok ikan kaler2 kau.
Alhamdulilah, adik baik sangat sikit pun tak meragam.
Beza sangat karakter dengan kakak.
Zara macam biasa tak minat nak tengok ikan2 ni.
Most of the time dia berdukung and landing kat bahu apak.
Pastu melalak semua benda tak nak.
*sigh*







Banyak2 shot aku paling suka yang ni

Macam apak tengah pimpin zara ke menara gading.
Gitu....





Hasil dari gugel berjaya jugak mak cari Laksa Power yang depa dok habaq tu. 
Cecececeh.
Memang pelancong abis da gaya aku ni.
Tinggal lagi aku tak kepit map langkawi pangkah satu2 tempat yang da pegi.
Hahaha






Laksa ni memang best. Sedap betul..layan tepi laut.
Walau panas tapi feeel dengan angin laut sepoi2.
Siap boleh nampak tu skypark cable car.
 
Arrghhh rindu laksa!
Kak Su sedap yang ni pun sedap.
Dua2 ade identiti sendiri.




Malam terakhir da busy nak packing barang2. 
Tips nak holiday dengan anak2 kecik aku senang je.
Barang mak apak jangan banyak.
Baju rotate pun tak apa.
Yang penting anak2.
Style kami kalau short holiday beg besar tak boleh lebih dari 2.



Tapi da nama nya pegi Langkawi.
Tak sah kalau tak beli beg lain.
Padahal beli coklat dan a few kitchen tools.
Kena beli beg extra.
Masak aku nak naik feri balik ni kang.
Actually coklat kat sini tak lah murah siap naik harga lagi.
Harga sama je kat KL.
Coklat gitu2 boleh sampai RM200!
Makanlah puas2 sampai kentut bau coklat.

Masa aku pegi JJ tengok nutella jem tu harga dia sama dengan kat Langkawi.
Bebulu je apak sebab aku borong nutella tu macam beza harga sampai sepuluh hengget.
Rupanya kat KL harga sama.
Bugima sungguh....
 



Last day.
Bergambar kenangan kat Pantai Cenang
Cantik tak background?
Huhuhu



Seingat aku dulu pegi sini masa form 5 bersih lagi pantai nya.
Memandangkan anak mak tak reti nak snap kan gambar korga, maka gilir2 lah kita ya pak.
Janji ada






Antara wishlist benda aku nak beli kat sini is perfume.
Saja nak usha since orang cakap murah.
Meh mak nak tengok murah kau bape?
RM100 dapat dua botol ke apa.


Rembat 3 botol terus.
Yang ni memang murah.
Puashati mak.
Yesh!!!!



Untung pegi holiday bukan time peak hour.
Banyak save...tu pasal ada duit lebih lagi bole beli perfume. 
\(O_O)/



Da jom balik ke jalan yang benar.
End of holiday.

Menangis aku tau tak nak mengabiskan hari2 kat Langkawi.
Sebab aku kesian kan adik.
Masa balik naik feri lagi aku kesian.
Aku tahan je.
Tapi adik steady tak meragam.
Happy jer. Hes really enjoy the trip.
Mak2 memang cepat emo.
Aku ingat adik ni paling kecik naik feri padat2.
Rupanya ada mak yang bawak baby dalam hari lagi terkepit2 naik titi ke feri.



-___-




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment