Thursday, April 09, 2015

Terlalu Rajin



Lama gile mak tak update. 

MALAS

TAK ADA MASA

TAK ADA MOOD


-___-


Banyak benda nak uruskan lately and hidup semakin kelam kabut. Hahaha tenang dalam 2-3 jam je. Pastu ribut petir balik. Puiiiiii


Sejak tukar department keje baru melambak2. Banyak keje yang ntah apa2. Haha selamba lah aku kutuk walau keje tu lah yang bagi aku rezeki. Tapi kita ni kan makan gaji saja so kena lah buat. Kang tak berkat duit tu.


Balik uma dah nak uruskan anak2. Pegi balik aku anta dua2 sekali ke uma BS. Ketty aku jangan cakap lah lecak dia macam pegi marathon. Lenjun...yang sorang sah2 dukung. Lagi sorang tu kalau berjalan makan angin tak hengat. Nak menunggu dia berjalan tu alahaiiiii boleh lambat setengah jam masuk opis. Pagi2 mak harus memetir suruh dia jalan laju sikit. Slow gile jalan menikmati angin pagi sambil berangan. Sebijik perangai mak dia.


Malam tadi anak2 tido awal. Tetiba mak rajin shangat. Tengah2 malam rasa nak basuh dapur nak main air. Punya laa aku sental dapur kaw2 sampai licin kilat memancorrrrrr! Puashati aku nyah. Kilat gas stove tu. Freezer pun da kemas. Mayat2 lama semua da buang. Phewwww






Elok je lepas aku mandi apak zara request nak makan. Hurmmmm aku sebenarnya malas nak masak. Konon nak kurangkan late dinner. Ikut ati nak je aku gorengkan naget or fries je. Hahaha derhaka....last2 aku kuarkan jugak sotong nak masak kunyit. Sayang nak guna dapur sebab baru lepas cuci.


Aku petik stove tu tak kua2 api dia. Tensen da ni apesal lah api tak nyala. Da rosak ke? Ada chance dapat stove baru ni (berangan lagi). Boleh lah aku guna alasan ni so that tak payah masak. Ekekeke jangan berharap sangat lah. Da lama tu baru otak aku nak digest.


Tadi aku simbah air kat penunu stove. So burner tube tu da basah. Mana laa api nak kuar nyah oooiii. Hahaha biasa lah over sangat mencuci. Nak kilat punya pasal. But still alasan aku tak boleh pakai. Kena jugak masak.







Last2 guna electric cooker. Da jadi keje nak kuarkan benda ni dalam muzium. Sama je...kotor balik dapur aku. Mercik2 minyak....pasrah aku. Aku ingat apak zara kenyang da makan nasi sama sotong kunyit. Rupanya midnight dia goreng burger...fries dan segala frozen food yang ada pakai benda alah ni. Bangun pagi pegi dapur rasa nak nangis. 


Saja je nak menambah bengkak hati aku ni.

Takpe bang.....ni bahagian aku. Tunggu part kau.

HAHA



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment