Monday, April 20, 2015

Tabahkanlah Aku



Last week adalah minggu paling busy ya ampun. Penuh appointment adik saja. Kakak tak masuk lagi sebab asik postpone. Sian izara....nak buat macam mana. Kena pilih betul2 masa yang sesuai. Yang handle pun aku sorang je. Kecuali untuk appointment IJN, apak zara wajib join.


Appointment adik kali ni pun agak penting. Da lama betul tak jejak kaki ke klinik pakar HKL. Parking da start berbayar. Tu pun padat. Kena ronda 2-3 kali. Pagi tu aku terlambat sampai untuk check up ENT adik. Referring case adik masa baru lahir 3 bulan lepas dia tak lepas hearing test belah kiri. Skang umur dia da 4months plus kena attend check up untuk confirmation.



Beza dengan klinik mata....ENT ni tenang and tak padat. Thats why dorang boleh arrange certain patient pukul bape. Lepas ni kena datang on time. Kalau tak possibility untuk postpone tu high. Da jadi keje kena datang lain hari. Ni pun nasib baik MO dia baik hati untuk proceed. Yelaa da ler aku sorang2. Hehe





Alhamdullilah adik behave. Nasib baik dia tak meragam. Adik ni peramah sikit. Acik2 kaunter dia tegur. Sampaikan staff nurse amik dukung dia. Senang keje sikit aku nak isi borang. Biasalaa kecik2 ni salu jadi perhatian. Umur je 4month lebih tapi saiz newborn. Tak kisah lah dik....janji adik menten behave. 


Untuk procedure ENT, adik kena puasa 2 jam sebelum nya and paling penting dia kena tido. Sebab kalau baby berjaga susah nak capture frequency masa test dijalankan. Susah jugak nak bagi budak kecik ni tido nyenyak. Kejap2 bangun...kena dodoikan dia balik.






Telinga kanan memang tak ada masalah. Sekejap je test da tau result. Kiri obviously ada problem. MO test 5-6 kali nak confirmkan kiri memang tak dengar. Masa ni aku sedih jugak. Speechless pun yer. Sebab tengok adik ok je. Rupanya kiri langsung tak dengar.





Kalau tengok pada graf tu telinga kiri memang tak ada response langsung. Tu pun da test tahap paling tinggi 97% volume baru ada response sikit. Laporan awal dari MO telinga kiri memang deaf or known as SSD (Single Side Deaf). Kata nya saraf telinga kiri da rosak. Kemungkinan efek dari ubat jantung yang diberikan masa adik baby tu. Dulu doc ada bagitau ubat tu mungkin ada efek tapi tak tau efek apa. Now....we know the answer.


Aku redha. Dalam masa yang sama sedih sangat dalam hati. Aku dok fikir masa depan adik. Since dia memang akan pakai hearing aids. Aku takut nak hadapi masa akan datang. Apa akan jadi pada adik? Nanti sekolah takut anak2 aku kena buli. Takut kawan2 dia ketawakan dia. Kawan2 dia making jokes pada aids yang dia pakai. Seriously sedih. Aku cuba biarkan semua ni berlalu. Nikmati masa2 yang ada dengan adik. Bagi apa yang terbaik untuk anak2 aku.




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

3 comments:

  1. Alaa.. Baru baca entry ni.
    Sorry to hear that syg..
    By the way.. maybe bila you baca entry ni, boleh buat you become stronger.

    http://saatakukaupilih.blogspot.com/2015/03/hearing-and-balance-penting-ke.html

    I hope it will helps you. I know you are a strong mom. Chaiyok!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Mell
      I memang baca blog tu. Hehe
      Xpelaa untuk pembesaran adik jugak.
      I xkisah kalau dia kena pakai pun. Risau kena buli je. Tau2 laa budak zaman skg. Huhu

      Delete
    2. Yerpp.. tu je yang risau. Budak2 zaman skrg.
      Xpe.. as long as his parents keep supporting him, he'll be strong.
      Don't worry too much okayy..??

      * Hugs & Kisses *

      Delete