Thursday, April 09, 2015

School Progress






Perkembangan izara makin memberangsangkan. Haaaa githew ayat mak. Seronok tengok izara makin hari makin berubah. Skang ni dia nangis masa sampai depan pintu je. Then aku blah je tinggalkan dia and tak stay kat sekolah lagi. So far alhamdullilah ok. Teacher report da kurang nangis...


Good job sayang. 


video



Ni teacher dia sent wasep kat aku aktiviti yang Izara buat. Memang lah dia nangis tapi tak laa seteruk macam awal2 dulu. Oklah tu sebenarnya dia bole paham arahan. Kat rumah pun aku practise ajar benda lain like belajar buka sandal sendiri and ajar tutup pintu slowly. Kalau tak boleh roboh enam kali pintu bilik aku tu. Dalam kelas ade session tu kena naked sebab nak rangsang sensory dia. Sensory zara masih lemah lagi and perlu banyak terapi. Genggam tangan..pegang barang dia ok. 


But when it comes to tiny or solid stuff dia macam susah sikit nak buat. Like nak press the clothespin. Jari jemari tu tak berapa kuat. Sama jugak bila dalam lif aku cakap "Ok...tekan situ". Tapi takat dia letak jari dia semata kat situ jelaa. Tekan nya idok ler. Kita lah kena stimulate dia. Tak apa...sikit2 lama2 pandai.


Nampak dia bole paham arahan kita and our body gestures. Cakap je masih tak nampak ada tanda2 dia nak bercakap. Cuma faveret word dia skang is MAK. Tapi dia pronounce tu kelakar sikit. Hahaha


video


Ni masa aku sampai nak amik balik dari sekolah. Kemain kan macam nak berpencak bagai. Tak nangis da bila dia tau kelas da abis. Kira macam......

"Arrrrr da abis pun seksa!"

Kuat berlakon jugak dia ni.



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment