Thursday, April 09, 2015

Macam Nak Kenduri Kawin





1st time ni planning nak buat majlis untuk adik.

Zara dulu tumpang majlis je tak pening sangat.

Kali ni memberanikan diri nak buat aqiqah untuk adik. Perghhh boleh tahan jugak eh nak buat kenduri ni. Kalau tak nak renyah2 semua pakai order hulur duit saja. Untuk majlis ni aku plan untuk certain benda je kita order. Lain2 boleh buat sendiri. Banyak nye masa aku kannnnnn.....


(berangan....)



Dengan menggunakan kepakaran sedia ada aku design sendiri tag TQ untuk goodies. Cewah bajet cantik nau design kau. Eh ok ape...at least aku bikin sendiri. Korang buang gak nanti kan? Kalau uolls rasa cantik bole lah contact I. 

I bagi harga special. Eh






Untuk makanan aku order katering je sebab orang kampung tak ramai kat KL ni. Kendarat pun ada 4 orang je. Tu pun pusing2 orang yang sama. Haha


Alhamdullilah kambing aqiqah dan katering dapat mengikut bajet. Cuma nya bajet aku banyak lari since kami anak beranak dengan maktok gadoh tarik2 rambut berebut venue majlis. Ikutkan aku nak buat kat uma sendiri je. So tetamu semua dalam genggaman aku. Bila kata atok2 nya nak bebenau buat kat uma dorang, maka senarai tetamu bukan lagi hak mutlak tuan punya majlis. 

Ish...

Hahaha


Majlis adik ni tak ada buai2 pelamin bagai. Kalau newborn insyaallah mak buat. Cukur jambul pun tak sebab jambul mak apak dia potong sendiri. Yang penting ada doa selamat. Cukup lah.


Insyaallah majlis nanti mak nak deco sendiri dessert table. Macam yang kat atas ni.
(berangan lagi....)

Tak salah berangan noks...janji kau realisisasikan. Tapi nak make it real ni kalau duit tak ada tak boleh gak kan. So aku beli lah sikit2 barang2 untuk table tu like white plate yang comel2. Bila total up....belanja nya lebih kurang ko vendor kan saja dengan orang. Cissssss! 

Aku dapat save jugak dalam seratus hengget lebih macam tu kalau buat sendiri. Tapi hasilnya tak pasti macam mana lah kan. Hahahaha tak apa pengalaman. Ayat nak kaver kelemahan diri. Pffttt!




 
Berkobar2 tengok contoh dalam gugel. Comel je dessert dorang. Harap nya jadi laa apa yang mak angankan ni. Amin!!!
 
Bila kira2 balik boleh tahan kos nak buat majlis ni. Pastu dia punya busy tu macam nak kawin kan anak. Nak cari baju melayu lah songkok bagai. Aku sampai TERPAKSA beli baju baru. Baju orang yang nak dirai tak beli pun. 


Tak apa...adik tak paham lagi. Usia begini dia mudah pasrah dan redho. 
Terima saja apa orang nak bagi. 
Haha




 
 
Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment