Monday, April 20, 2015

Kemaruk Kelapa




Teringin kuih jeniper lopez plak

Selama hidup aku ingat kuih ni guna tepung pulut.

Biasalah aku kan tau makan jer. 

^_^



Resepi macam biasa amik kat sini.

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut putih yg di gaul dengan sedikit garam
  • Daun pisang 
  •  
Bahan untuk Air gula: 
 
  • Daun Pandan
  • Gula melaka
  • Air

Cara Penyediaan:

  1. Cuci beras pulut. Rendam 1/2 jam. Tos beras, kemudian masukkan beras, santan cair dan air pandan dalam periuk. Masak seperti memasak nasi.
  2. Panaskan pengukus.
  3. Potong daun pisang kepada 4 segi, balutkan pulut yg telah dimasak td, gulung dalam bentuk silinder biar padat. Ikat dengan kemas. Kukus selama 15-20 minit.
  4. Angkat dan sejukkan. Potong bulat dan gaul dengan kelapa parut. Makan bersama air gula melaka. 







Sedap dan Simple



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment