Monday, April 20, 2015

Home Sweet Home - Inspection



Jumaat lepas aku berkejar balik Melaka. Nak setel kan pasal rumah bukit larang tu. Hati mak bunga2 masa dalam kete. Tak tau apa lah next process sebab kata nya da boleh collect kunci. Pasal penalti buat2 lupa jap mana lah tau tu semua mimpi belaka. Pffttt!



Jan menaruh harapan tinggi sangat Jemah.




Learn from lesson. Dulu penah kena saman kaw2 sebab tak beli tiket parking. Sebab i tot....alaaaa melaka je pun. Alaaaa kejap je ni. Amik kau dengan pantas MP saman. Bila ronda belakang bangunan selonggok mat2 MP dok lepak tunggu mangsa. 






Setibanya mak di ofis developer depa terus lempor kan kertas penalti ni. Hurrm...hurrrm...hurmm....tenang..tenang roy...tenang.  Mula2 da berangan dapat claim LAD banyak sikit. Check SNP 28 Feb 2015...so lewat 6 hari je dari tarikh siap. Dapat lah dalam RM300+. Oklaa tu boleh buat topap penalti. 


Before I agree to pay the denda...I've track all tarikh surat and tarikh payment release dari Treasury. Dalam kes ni aku loan dengan gomen. So payment is under them. Bila check memang payment sangkut kat treasury which depa lambat bayar pada developer. Nak tak nak memang owner sendiri kena settle dengan gomen. Aku gugel gak kes macam ni tapi banyak nya macam susah and end up fail to claim.


Sebab nak collect kunci and pikir aku datang jauh tak kan lah aku nak cancel semata2 kes ni. Developer advise memang kes macam ni between owner and gomen. Siap cakap gudluck okeh kat aku. Benda ni memerlukan masa..tenaga and of course duit. Kau nak pegi balik ke treasury tu uruskan SENDIRI. Bukan sekelip mata selesai. But it doesn't mean yang aku tak nak claim. I will cuma buat slow2. Silap aku jugak tak keep track dengan treasury.


Aku kena penalti RM2199. Nasihat ku di sini....sepa2 yang kes macam aku jan pakai bayo je. Developer tu da kaya banyak. Mintak je diskaun dengan dorang. Jan segan2 sebab ni duit korang. Hahaha yelaa rakyat marhaen macam aku ni duit sangat sensitip. Selagi boleh kawtim kita buat sampai dapat win-win situation.


Nasib baik aku mark up loan sikit. Tak banyak tapi membantu. Tolak campur itu ini dapat 50% diskaun. Phewwww lega mak! Ingat da tak ada pengeluaran duit lagi. Kuar pulak invois api dan air. Cukai tanah dan juga pintu. Banyak belanja jugak nak beli uma ni. Skang ni deposit api air jan main2. Ready RM700 untuk deposit tu. Basah ketty aku dengar BAYAR..BAYAR..BAYAR.






Finally.....the house is mine! Lepas ni kena balik buat inspection kat uma tu. Kalau ada defect like tingkap pecah..bocor ke apa dia bagi borang kita kena fill in dalam masa 5 hari dari tarikh amik kunci. Uma ni warranty nya 2 taun so kalau ada masalah boleh refer ke developer. 



 

Untuk electricity kena pegi bayar deposit api dulu then baru call contractor untuk pasang ELCB.  Skang semua buat konsep bayar deposit dulu. Lagipun untuk mengelakkan kecurian kabel. Nak ganti baru bukan murah. Api air tu memang bulan depan aku setelkan.




Satu defect ditemui. Bumbung atas terbukak. Hurmmm......













Aku masih tak berkenan ruang eco green ni. 
Tak apa tunggu duit jatuh dari langit kita renovate.
:-p



Pagar belakang ni macam hurmmmm........hurmmmmm.....hurmmmmm....macam mana eh? boleh ke kita suh developer simen elok2 sikit?????
Kalau tak kena korek tabung ayam dengan jiran belakang buat dinding batu.


Alhamdullilah so far ok uma ni. Tak banyak defect. Tak apa next week kita balik kampung and check lagi sekali. Skang settle yang simple2 dulu. Cukai tanah and pintu. Untuk tanah boleh bayar online and anytime bole tukar nama. Senang sikit bole pegi UTC Melaka je. Cukai pintu ritu developer bayarkan dulu RM145. Setel satu hal.


Da...jom balik. 
Later kita pikir next plan apa nak buat.



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

4 comments:

  1. Wa da dapat kunci.sukanyer..nti update ler next progress.pasal grill,dapur n so on.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah tengok kesempatan. Macam lambat lagi je nak pasang grill. hehe

      Delete
  2. Yeayyy~!! Dah dapat kunci!
    Alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyomel...uma u da siap ek? kasi lah review sket. :-p

      Delete