Thursday, April 30, 2015

Aqiqah Adik



Minggu lepas punya lepas punya cite. 
Cite da berkerak baru nak share dalam blog.
Gigih lah mak nak korek kerak nya. Tak ingat dah moment yang jadi. 
Ish....



 Tajuk aqiqah adik tapi muka mak tepek dulu.
Bercahaya tak kak ton? 
Haha



 

Cewah bajet beli baju kat butik nak gantung2. Alaa da nama pun aku kuat berangan. Sukati aku lah kan. Majlis ni mungkin yang last aku buat sebab aku tak koser dah. Jadi kasi can lah mak nak fefeling gojes2 kata nya. Mula2 aku rasa malas nak beli baju lain. Rasa nak taram baju keje je. Sebab dok fikir ni last kenduri aku belasah jelaa beli baju kurung online. Size memang pasrah. Nasib baik muat. Phewwww!!!!




 Yang dirai.

Apesal macam jambu je anak mak ni? Haha
Rambut adik tak sempat nak sodok sebab.....memang tak sempat. Atok dia dok membebel suruh trim sebab tak sesuai. Aku spike kan rambut adik aritu. Tapi tulaa telinga ni berdesing dengar atok komplen dari pagi sampai orang masjid datang. Haha yelaa nanti eh kita trim.




 Sepanjang majlis nak berlangsung aku paling risau izara. Dia kan tak nak mingle kalau tak ada kakak doncet. Masa orang masjid datang baca tahlil dua2 sekali tido serentak. Nafas aku panjang sikit bila dua2 tido. Senang nak pegi makan kambing. Hahaha

Tapi tu semua angan2 jemah jelaa sebab zara ni pandai bajet time tido bila majlis2 macam ni. Adik aku tak risau sebab dia peramah. Boleh pass kat atok. Apak memang da sibuk susun meja kemas meja. Kejap2 kang aku kendong zara ni. Sikit tak nak jalan. Pinggang ni kalau boleh cabut letak kat kusi urut lama da aku buat. 




Seperti yang diangankan.
Dessert ada yang sendiri bikin and ada yang aku order dari kawan.
Alhamdullilah semua abis. 
Tercapai jugak nak ada candy table bagai. 
Walaupun rupa dia emmmm......eeemmmmm......
Hahaha



 Masa berjalan cepat gile. Aku nak setup meja dessert pun tak sempat. Ni budak katering yang tolong. Haha jadilaaa...bagus budak tu. Makanan pun banyak giler katering kasi lebih. Alhamdullilah murah rezeki katerer tu. Sedap pun sedap. Staff dia pun baik sempoi. Siap kasi idea nak susun pinggan bagai. Terlebih ramah.....sorry ye. Adik akak tu da ada yang punya. Kakakaka

 


 

Satu gambar korga pun tak sempat amik. Tak tau busy apa sebenarnya. Canopy adik pun cantik warna biru langit. Aku rasa lovely je tema kaler canopy tu. Hehe
Konon nak amik gambar depan umah bagai. Satu apa pun tak buat. Kebetulan uma atok kan baru reno...kira alang2 nak tengok lah apa rupa rumah mak bapak aku kalau kenduri.
Ok....tak nak buat kat uma lagi pasni.
Kejung kaki.


Untuk aqiqah adik ni aku kena ready portion untuk non-muslim. Yang ni memang 1st time berlaku di kejiranan mak bapak aku. Kena topap daging marinated lain about RM250 macam tu lah. Tapi banyak jugak daging nya. Kira kenyang lah jiran tetangga kat situ.



Alhamdullilah everything went well. Actually aku terharu betul sebab neighbors ramai datang mostly yang non-muslim. Bapak aku dari dulu memang jaga hubungan baik dengan jiran2 ni. Sebab tu dia beriya2 nak kenduri adik buat kan sini. Meriah...


Betul2 rasa muhibbah.
Kebetulan kambing ni lah yang pertama bogel tertayang after 23rd years aku duduk kat sini. 
Haaaa gitewwww....
So mostly dorang banyak tanya kenapa daging kambing tu separated. Yang tanya plak bangsa2 educated london mari. Kena speaking cakap bab agama ni macam kelaut kejadah apa benda aku explain ntah. Aku harap dorang paham. Hahaha


Hari tu rezeki adik murah sangat. Adik dapat macam2 gift dari neighbors and kawan2 atok. How they can be so friendly sedangkan aku bukan jumpa dorang ari2. Weekend pun kadang2 datang uma mak. Rasa close as jiran yang sangat amik berat. Penat tapi seronok. Mungkin tu hikmah kenapa tak buat kat uma burung aku. 
-____-


Malam nya aku laki bini nak berborak pun tak selera. Penat semacam. Rasa meletop tulang2 badan aku ni. Tengok laki aku macam tenang je....
Tetiba kan dia cakap kat adik...


"Adik...lepas ni kalau dapat adik lagi kita upah orang baca doa selamat kat masjid jelaa yer."


Kakakakah



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments:

  1. cantik bahagian dessert tu...sori tak mai time aqiqah tu...penatkan kenduri tapi berbaloi x pe ibu...good luck untuk adik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe....cantik siap ade bekas air aircond meleleh. hahaha tq mak :-)

      Delete