Friday, March 20, 2015

Merisik




Weekend lepas adalah hari besar mashu. Step pertama sebelum nak kawin. Haiiiiiii tak sangka ada orang nak merisik adik aku.


Ayat puaka....



Selamba kutuk kan. Dia kompom tak baca blog aku jadi akak dia konfiden nak melahar kat sini. Even bukan buat majlis rasmi tapi penat nya macam da naik 4 khemah. Akikah adik nanti tak tau lah macam mana. Tak penah buat kenduri. Kompem ade konsep ASBO dalam majlis tu nanti.


Tak sangka kan adik aku ni nak kawin da. Abah sampai boleh tak ingat umur si mashu. Dia salu ingat anak bongsu dia baru lepas abis SPM. Da 27 tahun bah....selayak nya kawin. Punya lah semorang dalam umah tu makan semut sampai tak ingat yang kau da abis sekolah. Kakakaka





Ramai cakap aku dengan dia wajah tak sama. Dia and abang aku berkulit cerah. Ntah apesal aku sorang je kaler kajol dalam family ni. Padahal keturunan baba nyonya tu. Aku lupa...darah jawa lebih dari cainis-look. Pfffttt.....




Untung lah dia sebab bakal MIL sporting kaki melawak dan masih muda. Orang cakap MIL muda ni banyak cabaran. Tapi aku tengok ok je bakal besan mak aku ni. Ada harapan jadi bespren dengan menantu. Sempoiiiii gile mak budak ni. Haaaiiiii bertuah lah kau pot! Tapi aku untung lagi. Sebab aku menantu bongsu. Tak payah rebut dengan sepa2. Hahahaha


Majlis aritu kami tempah nasi ayam jer. Malas nak renyah2. Tu pun dah keletihan sebab kemas meja...angkut sana sini perabot. Paling berani mati......buat pulut masa tetamu da sampai. Nasib baik anak2 tido so time tu lah aku pulun nak rata kan pulut lah nak layer pulut dengan serunding lah. Haha gile...gile. Sebab jadi last minit.......orang yang dirisik memang sikit pun tak kisah. Eh bunyi macam geram plak. Kakakaka







Dasat kan dua beradik ni? Dia punya pengsan tu macam gaul gulai kambing sekawah








Fefeeling macam majlis dia. Orang lain dirisik dia pulak cukur jambul. Berangan jelaa mak kau ni dik. Seronok ada anak sepasang ni. Dapat gegurl bole main tocang2 pakai kan cekak...cepit rambut. Dapat boboi abis mak nya mohak-mohak kan! Atuk bising sebab pesen kan rambut anak gini. Tahan telinga lah masing2 sampai rambut adik tumbuh balik yer.


Awwww sweet :-)












Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment