Friday, March 20, 2015

4 Months



Si Masam Yang Sedap


My sweetheart


Terasa lama plak nak tunggu adik besar. Rasa macam da lama nau bersalin tapi adik tak besar2. Hehe apa yang bole mak kata kan...alhamdullilah. Allah bagi aku peluang menjaga mendidik anak2 aku depan mata. 


Banyak beza kalau baby full term and premature ni. Tapi aku taklah nak membeza2kan sangat cuma jadikan pengalaman. Yang pasti both my kids masa lahir sangat fragile condition nya. Masing2 berkongsi sejarah hidup yang diramal doctor hanya 50-50.


Alhamdullilah....Allah maha kuasa. Peluang yang ada perlu kita nikmati sesungguhnya. Sikit pun tak boleh bazir sebab takut ini saja masa yang kita ada bersama anak2. Alaaaaa tacing laa plak. Ok....tears go away!


Adik skang da pandai beborak. Non stop ok.....aduiiii sampai lenguh mulut mak apak nak melayan. Then sangat manja. Tak boleh orang tinggal. Adik boleh bau kalau ibu angkat bontot blah dari dia. Ketawa pun boleh tahan mamat ni. Tapi leher adik masih lembut. Boleh tegak cuma ada masa dia kelaut. -__-





Da pandai pegang barang. Paling pandai tarik tudung firaun mak dia. Aaiiii risau sembret je dik sebab dia suka gantung and genggam kuat kat layer tudung. Oh ya.....tq mama adyani sebab jual barang2 yang valuable for money! Bouncer ni i beli RM50 je. Masih baru......vavavavavadevas!



4 months and masih ber mitten. Dia suka hisap jari sampai termuntah. So pakai kan mitten untuk menggelakkan muak susu yang melampau2. Adik ni boleh tahan ramah. Suka tegur orang keliling ikut sukati dia je.




Tido pun tak lah sesopan bayi lagi. Tak kisah lah dik...janji kau selesa bahagia tido nyenyak sudah. Biasalah nama pun anak bujang. Kalau tido terkepit lain macam pulak. Hahaha



Peel paling latest skang tak boleh tengok orang makan. Kalau makan kat luar dia tak tido memang mula lah sinetron SAYA NAK MAKAN JUGAK. Adik suka tengok orang makan. Mulut dia tak lah kelicap2 nau tapi dia akan pandang........tenung je orang depan dia. Agak tak dapat satu mall dia teriak sampai lah masuk dalam kete kena pujuk...popok2 lebih kuang baru reda. Sabar dik....sabar!


Insyaallah next month follow up MCT Scan adik di IJN. Praying for miracle. Amin...




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment