Tuesday, February 24, 2015

Berempat





Cuti CNY lepas kami sekorga tak ada aktviti tapi apak nya pegi cari aktiviti sampai kami anak beranak demam. Biasalah cuaca tengah panas berdenting budak2 lah paling kesian. Zara tak baik batuk lagi. Adik pulak tiba2 demam. Nasib baik temperature tak tinggi. Kalau tak memang aku paksa balik KL dan2 tu jugak. 



Kebetulan kawan apak ade buat kenduri akikah anak kat CHINI. Ya....tasik chini. Jauh okeh...kebas bontot aku dengan adik kat belakang. Dari melaka ikut jalan dalam. Around 4 hours jugak lah perjalanan. Adik macam biasa tak meragam pun. Sampai Chini....Ya Allah panas bahang sangat. Tawakal jelaa dah bapak kau nak berjalan sangat. Aku sebenarnya macam malas nak pegi sebab balik2 pegi Kuantan. Boring.....






Sampai je majlis da abis. Adik check in kat bouncer baby. Amboiiii sedap kau dik! Izara macam biasa lah. Greeting kena nangis seround dulu. Bagi dadah...settle! Lepas pegi kenduri terus ke bandar Kuantan nak check in hotel. Aku bab2 bagi review hotel ni memang suka. Untuk level marhaen macam aku lah. Hehe



Kali ni saje try Hotel Sentral, Kuantan. Hotel ni 3 stars. Last kami beronok masa aku preknen kan adik 5 bulan kat Swiss Garden. Tu perbelanjaan paling mantop sepanjang hidup. Tapi merasa lah hotel mahal kan. Gigih kumpul duit. Bukak wallet berair mata masa bayor walau dah guna gomen rate. Haha




Kata nya 3 bintang. Satu malam untuk bilik katil king RM200+ jugak. Da nama dok kat bandar memang harga nya macam tu lah. Boleh jugak amik family suites around RM238+. Bagi aku selesa lah kami berempat muat2 atas katil king tu. Tiada nangka busuk jatuh pada malam itu. 





Bilik nya bersih kemas. Yang penting tiada kulat di dinding seperti Seri Malaysia. Toilet pun ok cuma not baby friendly. Air kat sinki tu tak panas. Kalau panas adik mandi dalam bowl je..senang. Breakfast mmmmmm.....so-so sajalah. Tapi pada aku kalau bayo nak sampai 200 hengget tu masakan tu biarlah masin2 sikit. Ni alahaiiiii tawar. Turun gula aku bole hypo!


Standard lah pegi mana2 hotel mesti ade pro cons. Sama macam swiss garden tu. Bilik da syahdu tapi makanan sangat sendu. Menu seperti berada di Switzerland.Yang ni bilik ok tapi makanan memang betul2 ikut standard 3 stars. Tak kecewa...masih bersyukur sebab mampu bagi anak2 tempat tido yang selesa. 


Moral nya...kalau pegi makan satu tempat yang kita da penah try jangan sesekali tukar. Eh tetiba topik lari. Hahaha bengang tak abis. Kalau pegi kuantan mesti nak pegi tanjung lumpur makan ana ikan bakar. Kali ni sebab bawak adik aku tak koser nak merisikokan adik pegi tempat2 macam tu. So kami pilih restoren sebelah ana ikan bakar. BESAR restoren dia.....tak padat dan pengudaraan yang baik. Tapi....masakan dia bukan so-so da.


Masak nak cepat kaya. Maklumlah nak bersaing kata dengan ana. Kami amik menu yang sama seperti 2 taun lepas. Ikan jenahak comel, udang 6 ekor sederhana, sotong 4 ekor sederhana, nasik 3, air buah total RM110. Mendidih hati. Balik hotel tekak tak terasa apa2. Macam tak ada kepuasan gitu. Tak apalah rezeki dia.






 Time flies. 2 years ago. Dedebab ku sayang.
Perayaan yang sama hotel je lain.



 

 Now ber-4 sudah. 
Macam tak percaya dah beranak lagi
Koyak kan masih terasa2. Auuwwww ngilu. Haha


I'm blessed. TQ Allah




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment