Wednesday, February 04, 2015

1st Day School...Redho!!!! Redho!!!



Entri ni panjang. Baru berazam nak bikin entri kontot. 





Last week anta zara pegi terapi ala2 pre school lah. Obviously she need help. So aku tak nak terlambat buat keputusan. Ini ikhtiar...


So we went to Great Life Physio Kota Damansara branch. Tak jauh sangat dari uma and easy to reach. 1st and 2nd treatment is free. Next baru start bayar. 


Sekolah bermula dengan TANGISAN SELAMA SEJAM! Ya.....hanya tuhan yang tahu macam mana perasaan nya. Biasalaaa anggap macam dia nak pegi sekolah kali pertama. Mingle with no one yang dia kenal. Phewwwww...


Pintu kena tutup tak nak bagi dia nampak mak apak dia. Pandai2 kau lah nak. Mak redho doakan yang terbaik buat zara. Tau zara bole sebenarnya. 





1st day ni lebih kepada assessment and intro dulu. Aku curik2 snap. Hehehe nampak tak dia melalak dok atas bola tu. Kat uma main bola elok je. 


Actually aku anta pegi school ni sebab nak gain confidence level and moto skills dia. Teacher cakap kaki jingkit tu sebab behavior and kena prevent awal before jadi habit. So they suggest me to put heavy stuff ikat kat pergelangan kaki. Buh beras buat dalam kampit kecik ke...apa2 lah janji dia rasa kaki tu berat nak berjingkit.


Tapi awal2 ni memang tak dapat nak detect major problem dia sebab dia nangis je sepanjang session berlangsung. Aduh pening mak....kena betul..betul..betul sabar. Padahal kat uma kalau apak dia ajar lagi dasat. Garang ya ampun! Kalau aku jadi anak murid...terberak mau. Aku ni emak nya tahan sungguh2 sebab fikir nak bagi zara belajar.




Kalau atok tengok ni kompem dia cakap "kesian budak tu kau biar melalak sampai penat. Mana bole ajar macam tu. Tak betul tu". Haaaa gitu pandangan atok2 terhadap cucu kesayangan. Kalau lepak uma atok sikit aku tak bole nak jentik zara tau tak. Orang tua...biasalah.


Sekolah nya 2 jam je tapi rasa macam half day. End of session teacher cakap zara lack of confidence. Independent kurang and nak play toys tapi perlu orang amik kan untuk dia. Conclusion nya....dia SUPER DOUBLE TRIPLE MANJA.


Sedangkan kat uma...aku tak manjakan dia. Dia bole main (bola jelaa). She feel secure when parents or relative yang dia close ade depan mata. Sampai school...gelabah terus. Hurmmm....


Kena banyak sabar and InsyaAllah outcome nya pasti ada. Susah dahulu senang kemudian. Chaiyokkkk izara...ibu tau zara budak pandai bole buat. Ibu tak harap zara jadi genius..exam sekolah dapat top 5 bagai. Cukuplah kamu pandai berdikari..pegi sekolah..abis belajar dan dewasa jadi manusia berguna. 


Alaaaa sebak plak...



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

4 comments:

  1. owhhh... boleh tu. mcm adam masa kecil, mana reti nk ambil sendiri. tapi... mmg sbb mama dia manjakan dia. tapi... tengokkan adam bila dah besar. alhamdulillah, ok je. budak2... kecik pula tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaa...xpe sy sabar saja dulu. tengok macam mana progress bila da didedahkan dengan environment baru. Hopefully she can cope with it. :-)

      Delete
  2. sure izara boleh punya...dah jd kak long lagi triple boleh...caiyookk zara...pasti berjaya punya

    ReplyDelete