Monday, January 19, 2015

IJN Episode II : Trembling Heart Day 2




Day 2


Adik puasa dari jam 4 pagi. Sebelum nak meneruskan prosedur scan ni kena amik darah to make sure semua stabil. Sebab tak nak ade komplikasi later. Kesan scan ni kalau baby tak stabil bole menyebabkan kidney failure.


Nasib adik tak baik...kandungan potassium dalam darah terlalu tinggi. Commonly pesakit CHD ni darah dorang selalu tak stabil. Scan yang dijadual jam 9pagi tunda. Amik darah lagi and wait about an hour. Result masih tinggi...repeat amik darah lagi. This time doc bagi ubat bontot untuk stabilized darah adik.




After 10hrs plus.....adik still tak scan lagi. Dia nangis kelaparan. Nangis sampai......aku mengigil tahan perasaan. Aku tak sanggup tak bole nak tengok muka adik. Pedih. Kita yang dewasa puasa pun kadang tak tahan lapar. Ini baby.....


Bape kali ulang amik darah. Tiap kali amik darah nangis tiap kali tu lah dipujuk dengan soother. Kaki aku lemah nak terduduk tengok adik macam ni. Betul2 rasa down...patah hati. Sampai aku give up cakap kat nurse if kali ni masih tinggi aku request date lain. 




Alhamdullilah finally dalam pukul 2.45 petang adik da ready nak ke radiology dept untuk prosedur scan. Adik diberi ubat tido. Ianya paracetamol syrup campur panadol infants. Doc yang bagitau lah.







Masa tengah tunggu nak masuk bilik scan kedudukan baring adik tak betul. SpO drop and nasib baik aku perasan terus cepat2 naikkan bantal dia. Tadi dia baru pas minum ubat and probably dia tak telan abis ubat tu and sangkut. Oksigen tak sampai...biru. 




Ni laa tempat dia. Maaflah IJN mak curik2 snap gambar. Untuk kenangan and reference kami sekeluarga. Selesai prosedur pertama. InsyaAllah bole terus discharge lepas ni.


Lega adik dapat susu. Tak tau bape banyak lagi airmata lepas ni. Mohon kekuatan pada kami berdua. 




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments:

  1. moga terus tabah ye..kami doakan akan kesihatan adik cepat pulih

    ReplyDelete