Thursday, January 15, 2015

IJN Episode II : Day 1




Adik admit IJN untuk buat mct scan. Last week cancel so ganti dengan hari ni. Kali ni preparation nak masuk wad lebih calm. Tak tau lah keadaan dalam wad nanti macam mana. 



Before masuk wad kena buat basic checkup. SpO and BP check. Berat tinggi pun nurse amik. Kali ni adik timbang bogel. Alhamdullilah berat 4.2kg. Slow tapi meningkat. 


Kat sini rata2 cakap badan adik antara kategori berisi bagi baby CHD yang complex. Memang nampak and rasa perubahan adik. Kalau dukung lenguh jugak. A good progress even feeding dia ade problem sikit.






Wad dia selesa. Nama pun private hospital kan. Kabinet katil semua elok belaka. Yang best nya air panas dan air suam disediakan sorang satu! Tak payah nak jalan pegi pantry. Botol2 pun staff basuhkan. Kita cuma fokus jaga anak and buat susu. Labelling and tagging semua print on sticker. Tak payah tulis2 bagai. Wuuuu jakun kejap. 




Siap loker sorang satu. Kemas teratur...wah da macam spokeperson IJN. Bajet dorang nak sponsor kau lah. Fefeling che' tah.





Macam biasa masuk wad kena amik darah. Sian adik kena cucuk banyak kali sebab tak jumpa line. Nangis sampai biru. Terus kena tukar bilik dok dekat sikit dengan kaunter nurse. Aku tahan je dari nangis sebab suara adik bergema melalak satu wad. Paling meruntun hati....dia nangis teruk sampai tersedu2 tu amik masa yang lama untuk dia betul2 calm. Allahuakbar.... :-(



Malam ni kena start puasa. Last susu jam 4 pagi. Ya Allah.....risau betul. Adik ni skang bole tahan menyusu. Aku ready soother incase dia mengamuk. Hopefully aryan ok...


InsyaAllah




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

1 comment: