Thursday, December 11, 2014

Tak Sedap Hati




Lepas sehari discharge dari wad nurse dari KKiA call nak datang buat post jaundice check. Dia tengok buku biru rekod adik kuning masih tinggi. So kena pegi KKIA ulang alik amik darah everyday sampai bacaan turun ke 100. 





Mas kat HAT dorang tak timbang baby. So tak tau current weight adik so nurse datang bawak tradisional nya scale. Aku pun macam jakun kejap. Is it accurate??? Bole ekk timbang cara gini. Hehe




Hasil timbangan berat adik naik sikit sangat. Birth weight 2.89 and after 10 days genap 3kg. Aku macam tak sedap ati sebab tak kan naik sikit sangat. Nurse cakap sebab baby malas menyusu. Memang pun...aku nak buat macam mana lagi. Sian adik...peha dia asik kena tepuk je mak dia suh bangun. 




Petang tu jugak terus pegi KKIA untuk amik darah. Perghhh KKIA gombak ni memang mencabar lah. Panas...padat. Kampung baru tu ade gak ekon walaupun ramai. Tapi tak apalah sebab dekat kan. Lagipun proses nya tak remeh. Bacaan kuning adik petang tu masih tinggi 282.


Masa tunggu turn nak jumpa doc...tiba2 adik biru!!!! He was apnea (tak bernafas). Sama terjadi masa zara baby. Aku perasan bila pegang adik dia a bit stiff and tak ada pergerakan. Sekelip mata dia biru. Terus aku tepuk belakang badan sampai adik sedar and bernafas balik. Masa adik sedar tu hes sound like nafas tersangkut. Bila tepuk2 tu dia macam batuk lega. 


Dia sesak nafas ke sebab ramai orang? Ke sebab cuaca panas terik? Ke dia tersedak susu tadi? Then aku inform pada doc kkia pasal adik tadi. So doc buat basic check up kat adik. Tengok pernafasan dan dengar heart beat. Test tahap alert baby dan tindakbalas otak. Jatuh kan baby dalam keadaan baring tengok dia terkejut tak and tangan dia mendepa or sebaliknya. So far doc cakap adik ok tak ade apa. But kalau jadi lagi terus ke emegency.


Aku monitor sepanjang hari kat umah. Malam memang tak lena. Rasa tak sedap hati sangat. Hati aku jadi resah bila ingat balik masa preknen doc ade cakap jantung adik bengkak. Hospital JB tak pulak cakap apa2. Aku assume adik ok. Perasaan je kot. Tapi bila aku scroll balik gambar adik....aku terperasan sesuatu.









Gambar ni adik nampak macam letih tak bermaya sangat. And he look so pale..bibir biru berbirat. Ya Allah...im so scared. Aku tak nak pikir yang bukan2 but this picture really tell me something. :-(


Ya Allah....help me..ease everything. Harap adik ok...



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment