Wednesday, December 24, 2014

Redha..Tawakal




Semalam tiba2 adik lemah. Tak bermaya...letih semacam. Aku da ready incase apa2 terus ke emergency saja.


Petang tu nafas adik dengar macam sangkut2. Nangis pun tak kuat. Bagi susu pun tak nak minum. Tau dia lapar tapi macam tak ada tenaga nak menyusu. 


Tiba2 bibir adik biru. Nafas laju dalam masa yang lama. Aku da tak sedap hati. Aku bacakan doa dan zikir untuk adik. Dalam hati berdoa mohon Allah bagi kekuatan pada kami berdua. 




Kebetulan atok tak ada kuar berurusan kat luar. Sempat call atok suh balik segera sebab adik tak stabil. Sampai satu saat nafas adik bunyi macam nak tinggalkan ibu da...aku tawakal je masa ni. Airmata ni tak bole tahan. Terlalu sedih....


Elok je atok sampai uma..alhamdullilah adik kembali ok and stable. Sampai lah malam adik aktif macam biasa. Tak tido malam aku bila ingat balik. Aku redha...tapi tak tau bersedia ke aku?????? 





Godek2 henpon jumpa gambar ni. Aku amik masa betul2 baru kuar dari labour room. Ayah excited amik adik and azankan. Sayu tengok gambar ni. 


How happy we are to see u aryan. Tapi takdir hidup kamu da tertulis. 9bulan pengalaman mengandungkan adik...manis sekali. Bila doc sahkan adik ade masalah congenital heart yang complex and they put his condition in 'bila bila masa saja bole pergi'...my heart stop. 


Tapi...Kita tak bole bergantung pada kata2 doc and have to keep praying..percaya pada kebesaran Allah. Ikhtiar apa saja...


Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments: