Thursday, December 18, 2014

Progress and Room In






8 hari adik dok dalam icu. Hari ke 6 da bole turun ke baby cot since no apnea episod. Doc Zubaidah arrange untuk room in dengan adik kat KK8 sebelum kami dibenarkan balik. 


Ikut ati nak merayu2 tak nak room in sebab paham2 lah kk8 tu. Dengan pantang nya lagi. Kena jugak sebab untuk biasakan diri monitor adik alone. Pantang tu....da jadi pantang nampak jelaa. Huhuhu






Alhamdullilah adik looks stable dok dalam baby cot. Dalam icu macam nak beku sejuk nya. Harap adik tak meragam lah bila masuk KK8. So far adik nampak ok and makin lama dia belajar untuk adapt kekurangan diri. 


Tolerate BF well and he slowly sucking. Dia da pandai control nafas sikit2. Doc cakap probably dia apnea aritu sebab terlalu banyak pressure pada jantung. Kita pun tak tau dia ade masalah and dia baby lagi laa tak reti. Sehari BF lebih dari 8 kali and sucking laju plak tu. Tu salah satu sebab bole collapse. 




So...this is it. Welcome to KK8. Alhamdullilah dapat bilik yang selesa dan tak sesak. Ingatkan dapat bilik isolated macam zara dulu. Hehe dapat ni pun da lega. 


Actually aku macam terasa sikit dengan cara pengendalian bilik isolated kat sini. Since zara lagi. Kali ni aku dengar mulut mak baby lain. Isolated room juga untuk baby down syndrome. DS ni berjangkit ke????? As a mum...mesti kecik ati dengar kan? 


Perlu ke diasingkan sampai macam ni? Layanan juga mesti berbeza. Aku da rasa zaman zara dulu. Sayu plak hati dengar keluhan mak2 lain. 




Kena bermalam kat sini sampai cukup seminggu dari hari terakhir last apnea. 4 hari jugak lah nampak gaya ni. Untuk monitor adik...kepala aku mesti paras2 gini untuk tengok kaler dia. 


Lepas result air tulang belakang tu...adik confirm tak ada meningitis and SpO rate dia is 75% saja memandangkan dia cynotic heart patient. Pernafasan dia memang laju and sometimes sangkut2. 


Sebab tu kena room in so that kita akan get use dengan keadaan dia bila balik uma. Paling suspen bila nak BF adik. Memang tu je paling aku fobia buat masa ni tapi kena jugak beranikan diri. Slow2....


Sepanjang room in aku tengok adik memang cepat tercungap. Minum sikit je da tetido. Less than hour bangun balik and susu. Tak apelah dik...asal adik tak lapar. Insyaallah aku bole jaga kat uma. 


Ade masa akan nampak dia biru...ade masa pink macam biasa. Ade hari dia akan letih sangat...and ade masa dia aktif bebenau. Baby yang ade masalah jantung ni mostly berat badan lambat nak naik. Adik halus je macam baru lahir. Sejak turun berat kat icu ritu ni baru nak gain sikit2. Latest scale kat sini naik laa 2.82kg from 2.71kg.


Mak2 kat icu heran nape kami da bole balik sedangkan adik ade masalah jantung yang kronik. HKL memang plan nak terus serah kes pada IJN. Lepas ni apa2 memang berurusan dengan IJN saja. Hakikatnya...aku tau nape dorang buat macam tu. Tak apelah...berserah pada Allah. 


Aku akan jaga adik selagi terdaya. Moga Allah kurniakan aku kudrat...kesabaran dan rezeki yang luas. Adik...be strong ya!




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment