Tuesday, December 16, 2014

Pertama Kali Di sini



Awal pagi aku terus ke hkl jumpa adik. Lagipun doc nak jumpa nak confirmkan scan and other result adik. Scan kedua dibuat oleh Dr. Zubaidah and findings sama macam Dr. Wong.


Ya Allah....tak terkata sedihnya. kes adik akan direfer terus ke IJN dan alhamdullilah cepat juga dapat appointment. Untuk hari ni doc zubaidah akan run ultra sound kat brain adik. Dia suspect adik ada meningitis sebab kerap apnea and takut ade kerosakan pada otak. Bunyi pun da cukup menakutkan. Bila sebut bab meningitis aku jadi down sangat. 


Teruk sangat ke adik???? Adik was fine...hes fine...fine. trying to calm myself. Tak nak pikir negative tapi hati ni cepat sayu everytime tatap muka adik. Kat report adik was diagnose with Presumed Meningitis with Cynotic Heart Disease. 


Lepas US dibuat doc still tak nampak cause apnea tu. Result darah pun positive. Takde infection or benda pelik2. So doc zubaidah suggest untuk amik air tulang belakang baby. Ya Allah......kesian adik! Doc cakap tu saja cara paling cepat. Seharian aku fikir and buat confirmation dengan doc. Yelaa aku gugel banyak keburukan untuk prosedur ni. The most common...baby akan paralysed. Aku dilemma...


Doc convince kan aku yang adik tak akan ade masalah. Kata nya otak adik normal and dia tak ade syndrome2 yang akan menyebabkan lumpuh. After several discussion and fikir panjang aku agree to proceed. Aku tawakal je. Alhamdulilah result ok...brain adik normal and tak ada meningitis. 4 hari di icu hari ke5 adik da ready ke IJN. 






Ni doc zara masa baby....Doc Tan Jenn Yi. Dia teman adik ke IJN. Adik duk dalam incubator and masih intubates. Sebelum nak ke sini adik apnea lagi and CPR was given. Pelik...masa apnea kat uma tak pulak sampai tahap bagi CPR. Risau nya.....





Yang ni doc pakar IJN. Curik2 laa snap walaupum tak bole. Lama jugak scan dibuat. After half an hour macam tu doc ajak discuss. Skangni its confirm jantung adik berlubang dan kes adik complex. From the explanation...aku paham pada situasi skang perlu banyak berdoa dan berserah. 


IJN plan for 3 surgery. Tapi....1st surgery pun risiko tinggi and and tak bole janji berjaya ke tak. Doc cakap chances below 30%. Scan show jantung adik lubang besar. Only 1 chamber yang berfungsi from 4. Saluran darah terbalik and others complication. IJN bagi masa 4 weeks untuk tengok progress adik. Kena room in di HKL sampai apnea adik settle then bole balik uma. After this..direct with IJN terus. 








How do I feel???? Ntahlah.... Aku cuba bertahan be strong like adik. Tak nak fikir2 kedepan sangat. Just wait and see. Kalau ade rezeki...allah panjangkan umur adik pulihkan jantung dia. Aku da abis airmata sejak ari pertama adik collapse. Kena terima hakikat...pecaya perancangan Allah yang terbaik. I grab a copies of congenital heart awareness. Cuba baca and pahamkan. Be ready and positive. 


Praying for miracle

Trust Allah




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments:

  1. Salam singgah,

    First time ke sini and a bit confused what happened to adik actually.... Harap everything will be fine walaupun hakikatnya dari pembacaan ni macam berat je kes adik ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan.

      Adik ade masalah jantung berlubang yg complex. Rare case. Masa lahir tak dapat detect pun. Skang ni baru tau.

      Delete