Wednesday, December 10, 2014

Kuning




3 hari lepas adik lahir nurse dari KKIA datang. Biasalaa tu untuk check condition baby and mak. Aku doa2 adik tak ada jaundice. Sekali nurse angkat aryan bawak keluar. Kuning sangat!!!! Adoiiii sebab dok dalam uma memang tak perasan. Bila da jemur clear mata adik pun da kaler kuning. Huhu


Terus petang tu kena pegi KKIA amik darah. Reading nya 272 and doc cakap tinggi. Kena admit ward. Dapat surat refer balik terus packing barang adik. Kepala aku ni dok fikir macam mana nak berpantang dalam wad? Bole ke mampu ke aku???




Aku pilih ke hospital tragedy HAT Mizan sebab aku malas nak bersesak dalam pantang. Lagipun tak penah masuk nicu wad dia. Nak laa tau macam mana layanan. Tak kan lah forever tragedy kan???????


Tengok baby cot HAT ni. Cantik..moden gile. Hahaha besau gabak sesak aku tengok. Mentang2 patient tak ramai. Peralatan je da makan space. Aku pelik gak cara treatment HAT ni. Sampai dua jenis lampu depa pakai. Lampu biru tu standard lah tapi siap lampu kalimantang empat baris.


Kalau HKL lampu biru je. Ok tak apa...tiap hospital lain cara nya.




Tengok jelaa eyes cover dia..canggih kau sampai aku rasa menyusahkan and babies tak comfort using it. Kalau HKL simple tepek je. Yang ni alahaiiiiiii seksa aku nak pakai kat aryan.


Sepanjang dalam wad aku cuba minum susu kambing wildan ni. Susu ni aku da minum masa ujung preknen aritu. Agaknya kena minum lagi awal laa kot. Sebab aku da beranak awal so efek dia tak sampai. Hehe aku tak ada experience jaga anak jaundice. So aku cuba sedaya yang mampu bagi adik BF. Tapi nya baby kuning ni rupanya sangat liat nak bangun menyusu. Sabar....





Aku suka wildan ni sebab sedap and tak hamis susu dia. Last beli dengan opismate. Tapi bila adik da kena kuning ni tak sempat nak beli dengan dia. Laki aku beli kat kedai mana ntah. Tak ape ikhtiar saja.


Duk dalam wad masa tengah pantang memang uji kesabaran mental dan fizikal. Semua kena buat sendiri. Nak amik air panas punya lah jauh menapak. Nasib baik makan shaklee luka kat bawah da baik sikit tapi nya still bentan. Merasa aku sakit sengal ntah macam2 lagi rasa pun ade. Rasa macam luka terkoyak balik pun ade. Pastu kaki pun bengkak sebab banyak berjalan. Kejap2 dukung adik nak menetek...nak pegi buat air laa nak itu ini. Blum kira kuar masuk jamban. Hihi


Yang buat aku risau...adik tak heran nak menyusu pun. Tak lapar ke kau dik??? Aku pulak jeles tengok baby lain susu kuat. Bukan apa kalau da pantang kat wad ni kompem banyak derhaka punya. Hospital mana reti bagi lauk orang lepas beranak. Ayam manjangggggg.....naseb baik aku tak gatal2.





Haaaa lampu kalimantang ko......tak penah lagi aku tengok treatment macam ni tau. Seksa aku nak jaga banyak lampu. Masuk hari ke 3 kuning adik tak turun. Makin naik ke 320. Aku pun tak tau nak buat macam mana lagi. Makin lama tengok adik makin tak aktif. Tido jer....i feel weird. Bila tanya doc dorang cakap normal. Tapi tak laa adik tido tak bangun2. Kalau berak ke apa pandai dia melalak.


Sampai ari ke 5 warded and doc bagi discharge. Lega and happy bole balik. Tapi......release with reading 362??!!!! Doc cakap kalau ikut umur lahir nanti lama sikit hilang lah. Memang macam tu ke???? Aku blur sungguh ni. Bukan tak puashati cuma hairan. Kot ye nak halau aku balik kan....


Dari awal aku mintak syringe tak dapat2. Aku nak cuba bagi cara lain since BF tak jalan. Adik dapat bau tetek mak nye pitam terus. Tak isap pun kenyang da kata aryan. Hehee Nurse tak paham agaknya aku cakap nak try syringe since dia kurang menyusu. Eh tak...kata nya baik aku direct BF lagi bagus. Mmmm.....


Yang buat aku wonder till now...sepanjang di HAT abdomen check tak buat pun. I mean dia amik darah je. Paling aku speechless...doc sikit pun tak proper check adik before discharge. Cuma dia tekan kulit adik nak tengok kuning. Memang senang jadi doc tentera ni.


So skang da merasa banyak wad kat sini. Conclusion....aku pegi sini nak amik neb jelaa kot. Lain2 tu aku tak nak komen. Dorang dengar ke komen and complaints ni? Eh...





Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment