Friday, December 12, 2014

Hati Remuk



Lepas kejadian apnea kat kkia aritu..selang sehari adik is doing well. Tak ada masalah. The next day kami masih ulang alik ke kkia untuk amik darah. Suddenly dalam pukul 2 macam tu adik stiff and biru lagi. 


Aku rasa dia tersedak susu sebab maybe aku tak sendawa kan dia betul2. Ok tak apa...kita balik and monitor lagi. Sepanjang ada kat uma adik apnea 3x dan last sekali pukul 6 petang macam tu lah. Aku memang da tak sedap ati sangat. Kali ni bukan stop breathing saja tapi jantung terhenti! Ya Allah.....


Terus bawak adik pegi emergency hkl. Masa tiba tu doc check and keadaan tiba2 jadi chaos. Doc bawak adik pegi baby emergency area. Aku plak rasa jantung gugur bila doc cakap.. "cepat puan...jantung anak too weak. Sangat slow". 


Dengan berstokin..bengkung ketat sampai bontot aku gagahkan jugak jalan selaju mungkin. I was blank...what is really happen to adik. Doc bagi bantuan oksigen pun SpO rate tak bole naik. Masa ni adik weak sangat plus dia terlalu lapar. Last susu pukul 6 petang. Jam da pukul 9.30 malam. Doc suh try bf and adik biru lagi. Sucking 3x je terus adik kaku. Aryan anak ibu...... :-(




Adik terus di bawa ke icu baby KK9. Tempat lama kakak zara. Perasaan aku masa adik ditolak masuk ke sini sayu yang teramat. Ramai nurse and doc menyapa aku since zara terlebih glemer dulu kat sini. Aku senyum saja....


Doc suspect jantung adik ade masalah. Masalah yang kritikal. Ade bunyi murmur yang jelas. Murmur ni dikaitkan dengan jantung berlubang. Tahap serious doc tak bole nak confirm lagi. Malam tu doc terus scan and discuss what is going on kat adik. 


1st scan Dr. Wong

"clearly ur baby ade masalah jantung. Congenital heart. Lubang tu sangat ketara dan besar. Its impossible untuk tutup sendiri since ur baby lahir almost full term. Esok kita akan double confirm and scan again. Selalunya kes macam ni baby tak akan apnea. But ur case is rare which baby tak bernafas and jantung terhenti. Its not good bila jantung behenti banyak kali. Kita risau otak kena infection or tak berfungsi. He got very low chances to survive. I bukan tuhan tapi kita berdoa for miracle in this case. For now..u balik dulu rest and esok kita inform u the result"


Aku pura2 kuat depan doc. Hakikatnya fikiran aku ntah ke mana. Aku tak pecaya akan diduga sekali lagi. Kali ini lebih kuat ujian Nya. Aku doa banyak2 semua ni tak betul. Mungkin diagnose awal saja. Esok kena datang awal pagi untuk tau repeat scan adik. Dalam kete aku nangis sepuasnya. How aku nak terima...10 hari adik elok je...tiba2 hari ini terus adik jadi macam ni. Ya Allah....aku tak sanggup lalui nya lagi. 

















Adik...please be strong. Jangan tinggalkan ibu......




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments:

  1. Oh my God! I yang baca ni pun tak boleh nak bayangkan situasi getir begini. Be strong both of you! Harap Adik mampu bertahan!

    ReplyDelete