Friday, December 05, 2014

Baby JDT Part 3




Pagi sebelum subuh around 5.30 am aku terjaga. Tiba2 kuar air macam terkencing. Aku cium2 tak ada bau. Ok da suspen. Perut tak sakit lagi. Tak sedap so pegi jamban cuba kencing lagi sekali. Kencing pun ok. Tiba perut sakit semacam. Bukan contraction tapi rasa sakit yang menekan kat pundi. Mungkin kencing kotor.


Dalam masa 15 minit air non stop meleleh kuar. Pastu sakit makin kerap. Aku rasa da sampai masa ni. Terus kejut laki mak. Cuak gak lah kan dia. Zara plak masih tido. Sian betul terpaksa angkat. Packing semua barang nak checkout terus. 


Sebelum sampai sini aku da survey hospital incase jadi apa2. Bila sampai receptionist my hubs tanya lah hospital bandar penawar tu kat mana. Rupanya hospital tu baru nak bangun. Ade papan tanda je bangunan takda. Nak nangis tak???? Takdo airmata bole kua saat macam ni. 


Last choice ke hospital sultan ismail which about 45minit dari desaru. Laki aku tekan sampai 160-170. Aku dok belakang tahan laa sambil zikir. Aku ingat pesan nurse masa zara dulu. Jan teran sebelum sampai hospital. Sakitnya tuhan saja yang tau. Aku buat2 tengok langit kot laa bole kurangkan sakit. Nan hado.... 


Alhamdullilah zara behave sangat pagi tu. Properly sit kat depan. Sikit pun tak merengek nak mintak susu. Highway desaru tu jalan nya nauzubillah teruk berlubang2. Asal langgar je aku rasa nak terkuar da kepala adik. Huhu scary....


Sampai emergency HSI terus naik wheelchair mak guard anta kan. Yang bestnya...HSI ni lift banyak rosak. Pintu otometik dia pun banyak tak function. Sampak PAC aku kena jalan sendiri masuk labour room. Kau ade???? Perghhhh aku tak tau laa macam mana bole dapat kekuatan jalan mengepit. 


Sampai je labour room memekik staff "room 4 baby is ready!!!" aku memang takut kali ni sebab lebih sakit contraction dari masa zara. Dalam kepala dok ingat jan angkat bontot. Hehehe sempat lagi kan. Alhamdullilah tepat 7.45 pagi adik lahir.


Setengah jam jugak nak kuarkan uri. Tapi tak sakit sangat kena uli macam dulu. Cuma this time sakit meneran tu terasa2 sampai skang. Masa zara 3x teran nafas pendek2 je. Yang adik ni Ya Allah.....3x push tapi 1st push sampai abis nafas. Aku da suspen kompem adik ni semangat dalam 3.4kg. Orang cakap preknen with diabetes ni chances baby besar tu tinggi. 


Sekali da kua alahaiiiii comel 2.89kg with height 47cm. But still doc cakap baby quite big for 36w. Tak apalah janji da selamat. Aku ingat da settle...lupa blum jahit. Sebab da lega sangat perut da kosong. Kuikuikui


Kali ni pun jahit tak banyak. Tapi....tapi...tapi...koyaknya di tempat yang tak sepatutnya. Hewhewhew oiii ngilu rasa nak taip. Masa nurse jahit pedihnya lebih dasat dari masa terkoyak. Ok stop tak nak cakap. Pitam...


3 hours of life


The moment ditolak kuar dari labour room tu rasa penat sangat. Suddenly nurse amik adik dari cot letak sebelah aku. Terus rasa terharu. Tak penah rasa dulu tapi kali ni Allah grant me this beautiful moment. Baru laa tau nape orang cakap sakit tu akan hilang bila baby ade sama dengan kita. Sakit tu akan datang balik masa kau nak kencing nanti. Pedih oooii..haha


Yang tak bole lupa....riak muka apak zara. Bila nampak je both of us terus senyum excited. Dia cuma tanya..."macam mana. Ok tak? Da settle eh?". Tak bole nak describe with word riak dia tu. Then dia kata muka aku macam tak ade pape jer..macam tak sakit pun beranak tadi. Things happen suddenly kan. Dia macam tak pecaya. Aku rasa kalau dia tengok live tu bole hilang selera makan empat hari. Hehe


Beranak kat tempat orang ni lain sikit rasa layanan nya. Staff dia rata2 garang...songeh..kerekkkkk. Macam berdosa plak outsider beranak kat hospital dia. Orang tengah sakit dia bising.....


"da sarat pegi jalan jauh2 kenapa!"
"anak no.2 tak kan tak tau preparation apa nak buat!"
"pempes baju semua tak ada macam mana awak ni!"


Makcik.....saya da prepare laa. Takkan laki saya nak bukak beg depan makcik??? Baca laa buku merah saya tu. Saya memang da beranak dua kali tapi anak pertama tu saya tak merasa preparation tu apa. Terbako den.....ish.


Nak discharge kena lah tunggu baby berak mak kencing lawas. Macam mana adik nak berak sebab dia tak minum susu. Phewww susu badan aku mana ler kuar hari pertama. Adik pandai isap tapi susu tak ade lagi. Dia jadi malas and tido jelaaa. Alhamdullilah malam tu jugak discharge and terus balik KL. 




Baju instant je. Siap salah beli. Tergeliat2 anak aku nak pakai long sleeves! Ramai jugak tanya pasal ape aku beranak awal. Mungkin da takdir...atau ni punca dia? Huhuhu 



Lepas je beranak nurse amik darah untuk gula. Tinggi!!!! Aku rasa sebab gula laa kot. Yelaaa tak ade tanda2 pun. Tau2 terus sakit jer. Apapun syukur sebab dipemudahkan aku nak bersalin. 


P/s:
Dear hubs... I will not forget ur face masa kami kuar from labour room. Ur face is priceless. Tq so much. Muacchhh!!!! 


Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment