Friday, December 05, 2014

Baby JDT Part 2



Petang sampai lotus JB memang kami melepak jelaa. Nak meronda pun malas sebab nak kena tunggu shuttle. Aku malas nak berpeluh ketty bagai. Baik dok diam makan cikidis depan ekon.


Selalunya kalau short holiday aku tak risau pasal dinner. Nak makan apa kat mana. Yelaa kalau pegi tempat yang familiar syok lah. Like pantai timur..penang. Tu memang da tau apa signature food kat situ. 


But Desaru????? Masing2 blank nak pegi mana. Jauh2 kau datang tapi ujung2 pegi mamak or kedai tomyam ala selera semarak memang saja laa. So aku serahkan pada apak zara untuk gugel. Aku tau gugel lazada je. Haha







Ni laa tempat dinner weols. Restoren terapung seafood bujang firefly. Nama haaa panjang. Review ramai suggest pegi sini. Katanya unik. 


Unik sampai rasa scary. Pestaime pegi tempat makan jalan nak masuk dia gelap. Macam masuk area jenayah. Siyes ko aku tak tipu. 15 minit nak sampai ke dalam. lalu kebun sawit. Aku da imagine yang scary macam dalam drama. Hahaha




Bila sampai..masing2 like haaaa lega jumpa lampu. Hahaha ramai datang sini rupanya. Nampak suam2 kuku. Kat sini makanan lebih kurang kedai biasa. Menu dorang offer set which mak rasa sangat murah for 2 pax.





Kitaorang amik set tomyam campur...ikan sweet sour. Telo dadar...sotong goreng tepung..kangkung belacan rm65. Nasi dia bagi banyak giler. Murah rezeki meniaga. Ikan siakap dia besar. Tapi masakan dia biasa saja. Setara dengan harga. Service ok even lambat sikit. 



Sweet sour yang aneh tapi gue layan jelaa


Sotong kotai. Tak rangup tapi bole layan

Tomyam ni best. Sampah kurang. Pedas

Sayur standard

Overall ok tempat ni. Lepas makan bole naik bot yang disediakan. Bayar tapi tak tau bape hengget. Kot laa korang nak tengok kunang2. Mak memang tak kepingin pun nak tengok. Gelap2 naik bot...bergoyang dalam tu. Mabuk nanti terkuar siakap tadi kang. 


Aku awal2 da mabuk and culture shock masa sampai. Nama pun restoren terapung kan. Aku tak terpikir laluan nya macam ni tau. Da macam lalu jambatan tergantung bukit cerakah. Then aku bajet...aku jelaa pompuan preknen paling gigih pegi tempat gini. Seb baik ade geng 2 orang tengah sarat macam aku. 




Tabah kan aku????? Gayat nak mampus. 

Turun tahan lagi. Bergoyang2 perut.

Nak naik...perut da penuh ikan kangkung bagai. 

Aku risau roboh...then ade buaya tunggu kat bawah. 

Dem.






Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment