Wednesday, December 17, 2014

31 @ Wangsa Grill



Sambut besday kat sini. Dapat lah deting berdua dengan apak zara. Sementara adik kat ICU...kami amik peluang to sit back and catching breath lepas beberapa hari kalut terkejar2.


Kata nya nak release stress sikit. Ntah apesal apak zara pilih tempat ni. Maybe dekat kot nak patah balik ke HKL. Hope they meet my expectation. Cewah....






Harga tu paham2 laaa yer nak. Seleksi air dia tak banyak and cawan glass dia alahaiiiii sekali sedut je da abis. Terima lah hakikat makan kat kedai berjenama. 





Kat sini dia bagi tidbits iaitu maruku ikan. Oklaa buat kunyah2 sementara tunggu main course.




Kat sini steak nya ditimbang ye. Aku ni kan desa...mana laa reti nak pilih. Haha yang aku tau well done..medium rare. Tak ingat lah harga tapi kami amik daging paling berat 300gram laa kot. 





Plate aku dengan laki lebih kurang sama. Nama steak ni aku lupa. Bezanya WG ni...side dish steak nya. Salu ade whip potato tapi yang ni digantikan dengan roti kentang lembut macam bread pudding pun ade. Coleslow nya juga sikit berbeza ade epal ijau  dan guna salad dalam tu. So dia sweet sour crunchy nice. But i prefer traditional coleslow.



Memang rasa stress tu kurang...tapi lepas tu nangis balik sebab duit berkurangan. Hahaha nak sangat kannnnn.


Mak rasa...makan di TooWooMba lagi terbaik. Tapi....tekak orang kan lain2. Aku ikut tekak dan poket. WangsaGrill ni too exclusive laa untuk bangsa2 macam aku.


TooWooMba tak nak bagi aku kupon ke kad diskaun ke? Aku promote ni. Hahaha kau bajet macam blogger terkenal je kan.....


Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment