Tuesday, November 25, 2014

Persiapan Nak Beranak



Nasib baik da buat persiapan. Haru laa weh kalau tak buat apa2. Suppose mak due beranak 5 Dec ni. Tapi da tuhan takdirkan nak beranak awal. Hehe


Kali ni aku da buat survey set berpantang. Tanpa fikir banyak2 lagi aku terus beli je. Dalam hati asik terdetik "takut tak sempat". Rupanya betul instinct mak2 ni kan.





Sempoi je kan. Aku pun tak pening nak pakai banyak benda. Tanamera ni memang best barang2 dia. Tak busuk nau lah rempah2 dia tu. Sabun dia pun sesedap je rasa. Cuma lavender mist tu aku rasa macam tak power sangat kena kat badan ni. Maklumlah orang berpantang ni busuk sikit. Sense dia lain. 


Lain2 barang tanamera ni senang nak apply. Minyak kelapa dia pun best. Aku guna sapu kat stretchmark demgan rambut. Menipis rambut sejak beranak dua ni. Hopefully minyak kelapa ni mujarab ler. Saja nak back to basic since da banyak sangat tonggak kolagen. 


Body scrub dia pun ok cuma kau tahan jelaa bau dia. Kata nak putih...buang kerak2 kan. Tapi rasa tak puas sebab tak berendam menyental dalam tub. Mak aku tak bagi. Hahaha ok tak pe..sabar...sabar. 





Untuk supplement aku beli shaklee. Pun sama tak beli set sebab aku tak religious nak telan. 5 botol ni pun da semput dada mak nengok. 


Shaklee ni mak beli dari makcik ni. Bebaloiiiii cuba lah buat baik dengan dia. Bole dapat harga adik beradik. Mandai jer kan. Eh...tak salah mencuba. Hahaha 


Apa yang best nya Zinc Complex shaklee ni memang betul2 bantu baikkan luka jahitan tau. Waaaaa mak kagum gile dengan kesan dia. Sebab beranak kali ni stiches nye bole tahan. Tak banyak tapi koyak di tempat yang tak sepatutnya. Herherher paham2 laaa kan pedih nya macam mano. Uwaaaaaa nangis.


Makan dari 1st day and hari ke-4 aku da rasa kurang sakit and jahitan da kering. Masa zara dulu..koyak ciput je tapi 2 minggu jugak rasa nak baik tu. Ape yang paling penting lepas beranak ni kena jaga makan. Kalau kau makan pil power 7 lapis langit sekali pun tapi melantak barang terlarang...memang nan hado laa kesan ubat tu. 


Ok da...nak sambung menetek lagi. Kali ni tetek bengkak sebelah je. Sebab aryan tak suka hisap belah kanan. Terabai tetek terkitai sebelah je. Mak kena pam kasi balance. 




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment