Tuesday, October 07, 2014

Kebas Ya Ampun!




Sejak masuk 3rd trimester ni tangan aku kiri kanan kerap rasa kebas. Bukan sikit2 yer...kebas yang menusuk2 gitew.....sakit wehhhhh lagi2 bila terjaga dari tidor or bangun pagi. Lately memang aku da tak cukup tidor sebab penyakit kebas2 ni selain back pain yang........speechles.


I read some article symptom2 orang mengandung ni kan. Kata nya aku ni da join Carpal Tunnel Syndrome! Mende laaa tu.....





Mengikut kata pak gugel...CTS ni berkait rapat dengan pekerjaan mak buyung tersebut yang mana mereka ni bekerja di bidang IT atau kilang2 memproses yang banyak menggunakan tangan. Macam aku ni hari2 pegang mouse...taip menaip dan juga memukul telor di dapur. Eh....


Selalunya aku akan kena time nak tido or pegang something tak bole lama. Like tengah driving...memang kejap je da kebas area pergelangan sampai jari jemari. CTS terjadi bila da nak masuk 3rd trimester dan sampai nak beranak. Ada yang hilang lepas bersalin ada yang masih terasa2 sampai nifas abis dan ade jugak yang kekal. Aiiyoooo kekal tu yang takut.


CTS ni jugak terjadi bila badan kita berlebihan air. This is common in pregnancy and air yang lebih tu akan menekan median nerve. Tu pasal rasa kebas. Solution untuk masalah ni aku kena always buat regangan and senaman ringkas kat jari dan tangan. Tak boleh lama sangat depan PC tu. Henpon pun tak bole pegang lama. Kalau call pun memang loudspeaker je. Mengumpat (gosip) diharamkan seketika. Hahaha
Tapi salu nya bila da kebas aku ketok kibas2 kat bontot bagi hilang. Boleh jugak apply solution laki mak. Dia cakap kalau kebas sorok tangan tu hempapkan belakang bontot. Nescaya mujarab. 


Aku pun tak tau petua medical mana dia pakai.

 







Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment