Thursday, October 09, 2014

Berat...BSP...FBC...UTI...BP




Sejak masuk kelab diabetis mengandung ni check up kat klinik terus jadi berderet2. Orang cakap normal sebab da detect kencing manis kompem benda lain menyelit sama. 


Penat kot ulang alik klinik-hospital seminggu kadang sampai 2-3x. Skang rasa lagi tak larat sebab perut da besar..jalan kengkang. Macam tak percaya kalau tengok cara aku berjalan skang. Kengkang...


Dulu tertanya2 nape orang preknan jalan kaki tak bole tutup. Skang tuhan bagi rasa. Kan... baru kau tau macam mana rasa dalam keadaan heavy. Sebolehnya aku nak seret je badan tak pun berguling. Asalkan bukan berdiri.





Sebabkan diabetis aku terpaksa beli gadget sendiri untuk check gula. Kalau tak jenuh weh asik nak ke klinik amik darah. Ni pun da kena buat 2x seminggu. Benda ni memudahkan aku. Senang..kecik plak tu.


Last week sebelum raya ritu dah kena amik darah untuk check kepekatan darah (Full Blood Count-FBC). Macam biasa kena lah kencing..timbang berat. So far ni berat paling win penah ada dalam sejarah hidup. Markah penuh siap A+! Gosok2 mata tengok angka da cecah 104!!!! Stress aku tengok berat macam tu...hahaha. Bayangkan eh...baby berat baru dalam 1.5kg je. So yang lebih tu sepa punya??????? Isk...


Check BP naik laa pulak sampai 148 reading. Padahal aku sedang bertenang. Pegi kencing UTI detected. Adoiiiii apekah ini semua...apekah...apekah???? Pitam..






Hari yang buat BSP tu kan....tiba2 aku lapar gile masa pagi pukul 8. Rekod awal pagi cantik je 5.1 pastu selamba aku pegi makan sepinggan nasi lemak. Ntah pesal lapar bebenau. Then pukul 10 lebih aku test lagi and memang da tau laa kompem tinggi. Jam doblas 3rd test and reading 10.5!!!


Kiranya aku makan nasi tadi last pukul 8.30pg with teh ais....TEH AIS tau x? Then minum air masak je sampai laa jam doblas lebih untuk cucuk kali ke-3 and glucose level masih tinggi. Nampak tak betapa nasi tu adalah MUSUH diabetis.


Dah ler nasi...teh ais lagi tu aku bedal. Nasib baik last test jam 8 malam gula da normal. Aku saja nak test tengok apa yang aku makan ni gula dia bape. So da bole kira2 laa kalau next BSP tiba2 lapar apa makanan yang sesuai untuk kudapan.


Opismate ramai pesan control makan bila da dekat2 nak beranak nanti. Sepanjang aku preknen zara dengan adik aku tak penah lagi makan yang melahar. Kalau sekali da makan berat...pastu next meal aku biasa2 je and aku jarang tambah nasi. Kalau tak preknen lauk tak sedap pun 2x round.


Risau laa weh....orang kata kalau time dekat nak beranak tiba gula tinggi nanti perut kena potong sebab baby besar sangat! Kalau gula tinggi nanti bawah koyak teruk. Aiyooooooo scary lah macam2 input aku dengar. Mungkin dulu bernasib baik sebab zara kuar size comel je. Kali ni memang kena jaga2.


Insyallah mudah-mudahan kali ni dapat beranak normal lagi. Yang penting masa beranak....JANGAN ANGKAT BONTOT! JANGAN ANGKAT BONTOT! Jap...aku tengah meditasi ni macam mana kita nak ingat JANGAN ANGKAT BONTOT masa tengah sakit nak beranak. Boleh ke aku ingat?






Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment