Monday, September 08, 2014

Malas




Makin lama memang makin malas nak update. Mengah laaa weii nak taip. Minggu ni rajin giler masak. Tekak tengah sedap homecook. Malas nak layan kedai. Nak pikir baju ape nak pakai tudung..suar gedebos nya lagi..pakai gincu bagai. Makan kat uma jimat tak yah spray perfume. 


Kedekut.


Makan kat uma ni senang. Lepas makan bebas untuk tersadai kekenyangan. Kalau makan kedai da kenyang kena tunggu masuk dalam keta baru boleh bukak cangkuk suar bagi longgar sikit. Hahahaha



Dalam malas2 tu gagah jugak buat laksa johor. Ntahlaaa aku rasa senang je buat laksa2 ni. Leceh nya bila nak prepare ulam-ulaman dia tu. Pulak skang ni bunga kantan tengah hot market. sana sini jual mahal 4x ganda mahal dari harga asal!


Kalau tak ada orang request laksa2 ni memang aku tak koser nak buat. Paten aku kalau masak sekali terus makan sampai malam. Yelaa dapor nak kena mop nak cuci banyak benda. Mop2 aku tak berapa rajin laa yer. Nak kecah biar sekali harung. 


Kalau lapar *muak  jugak....aku paksa laa megi ke telo goyang makan dengan roti ke. Anything...janji jan semak kan dapor aku. Tapi da 5 taun kawin ni macam tak lut pun peraturan aku ni. Yelaa kalau da sampai pukul 2-3 pagi masih lapar...sepa nak layan kau. Tau2 bangun pagi aku dapat hadiah kat sinki. Tu tak termasuk minyak yang berjejes. Arrghhh.......


Kat mana lagi aku nak komplen kalau bukan kat blog kan. Hahahaha mati laa kalau laki mak baca ni. Tapi aku yakin...dia tak baca ponnnnn. Alaaa rileks laa bang...kita kan always give and take. I masak u do the laundry. U masak u buat sepah i yang mop. Senang cite u buat laundry je. Eh macam tak balance je? Bahahaha





Alang2 ni aku promote laa BLOG aku yang dah bersarang lelabah ni untuk rujukan resepi. cewahhh macam ler femes nau. hahaha bukan ape...macam serabut pulak campur aduk dalam blog anak. tapi tulaa setahun sekali baru update blog masak2 ni. Isk...




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment