Tuesday, September 09, 2014

Lepas Gian




Ni bukan air kelapa ori.....coconut shake terus. Punya lama mak teringin benda alah ni. Sorga...sorga...


Excited kata nya da bole minum air kelapa. Orang kata air kelapa ni baik diminum masa preknan. Tapi perlu tunggu masa yang sesuai baru boleh minum. Early pregnancy tak digalakkan sebab tajam. Ye ke? Tak tau lah kesahihan nya sebab aku rasa benda ni depends pada orang.


Kalau ikut aku nenas laa paling kena pantang sungguh. Seb baik aku tak kepingin nenas so tak ada masalah ngences berlaku di sini. Tapi aku kan TAAT sangat dengar kata orang tua2 dan pengalaman orang lain. So aku tahan laa dari nak minum since awal trimester dulu.


Sebab kan pantang da lepas...apelagi mak belasah beli sampai 4 bungkus. Minum sikit2 lah sebab nanti cepat abis. Yelaa kat KL ni aku rasa macam susah nak jumpa air kelapa. Ni peluang untuk aku minum puas2 bila balik Melaka. Dapat coconut shake Alai pun da sorga...tak payah ler aku nak queue poloh2 ketty kat Klebang tu haa.. Eh tak koser!






Refreshing je kan tengok air kelapa sejuk2 macam ni. Uuuuiiiii best sangat. Syukur lah adik mak ko ni tak kepingin benda2 pelik. Jap....jap tanya tekak kot nak try daging unta ke landak ke? Hahaha Aku malas nak cari pasal makan yang bukan2. Sakit perut ke apa kan susah. Cukup lah ritu belasah koktel tak hengat kan.


Senang kan nak handle selera mak ko ni. Tu pun apak ko komplen cakap mak ni banyak peel. Mengada2 laa apa laa. Penerimaan roh memang laa macam ni. Leh laa kan dia cakap..."bukan ke orang mengidam ni sampai 3bulan je?". Kitab mengandung mana dia ikut aku pun tak tau.


Insyaallah kali ni boleh lah tengok gaya bersalin dan rupa adik ni macam mana since air kelapa ni banyak kebaikan kalau diamalkan masa preknan. Salah satu nya memudahkan proses bersalin. Air ketuban akan jadi bersih. Rambut anak akan lebat. Kulit anak pun cantik gebu. Kata orang tua lah. Aku pun tak ada experience sebab Zara dulu  kuar2 botak je. Ekekeke


Oh ye...ritu mak da scan adik. Muka adik dalam 4D iras kakak Zara. Eeiii tak sabar nak tengok adik. Eh lupa...kena sabar..sabar...besar baik2 ye dalam kantung ibu okey!







Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

1 comment:

  1. beli je coconut shake kat area depan JUPEM tu ibu, rasanya pun syurga :D...semoga semuanya dipermudahkan amin :)

    ReplyDelete