Monday, September 08, 2014

Aquaria




Entry sudah lama. 


Recently we went to Aquaria KLCC. Lama da dok KL tapi ni laa kali pertama pegi. tu pun tunggu kot laa ada promosi kan. Tiket nya aduhaiii mahal nau! Nak perati ikan je pun. Tak apalaa sesekali kita support industri kat mesia ni. 

Ticket mak rembat kat Groupon. RM22 adults and free for kids below 3 years. Harga biasa kalau tak salah adults RM38 toddlers 3y+ RM20. Non-citizen RM50 per entry. Gitewwww.....





Jauh gak menapak dari parking ke Aquaria ni. Tengah membuyung ni 10 meter pun aku rasa macam 3km. Jenuh tak tiba2 sampai rasa stress. Kaki kejung rasa nak begolek2 je sampai depan entrance Aquaria. Imaginasi melampau.



Sampai2 je kena terus amik gambar. Risau zara buat hal moody ke apa kan. Budak2 ni banyak angin. Hahaha sebab susah nak amik gambar apak dia terpaksa pose macam ni. Nak nampak muka punya pasal kan. Very camera shy......sebijik mak dia. Eh





Masa sampai ni da petang dalam jam 6.15pm. so rugi banyak jugak sebab show da tak ada time nak closing. memang ronda semata2 jelaa dalam tu tengok jerung paus kekenyangan. Kecik je aquaria ni sebenarnya. Pusing2 hok situ jugak. 15minit je kitorang da abis ronda. Hahahaha




Kalau macam zara ni nampak gaya memang tak minat fish. Dia lebih minat terjun dalam kolam terus. Aku rasa kalau dorang bukak pool area dalam ni..bahagia da anak aku.



Faktor usia anak pun main peranan. Ade budak seusia zara da paham and suka tengok benda2 macam ni. Depends...


Rasanya mak apak dia lebih teruja masuk sini banding anak. Aku rasa macam jakun banyak tengok ikan bapak besau! hahaha 
 



Best jugak datang lambat sebab tak ramai and tak adalah berebut2 nak tengok ikan kan. Tu pun still ada parents yang jakun lebih kuang aku tapi biadap sikit. Siap kuis2 suh aku ketepi dari glasses tu. Kannnnnnn....untunglaa aku ni bangsa ada adab. Biasalaaa mesia kan muhibbah...pelbagai kaum.




Ada laa satu part ni zara perati akuarium bila ada giant pari2 melintas. tu pun dia mesmerize kejap je. Terus lentuk kat bahu ayah. tak pasti dia geli tengok muka pari2 tu ke takut ke or memang tak menarik minat langsung. Isk...




Habit skang. Kulum tangan. Main air liur. Awas ya....mak bagi chance je ni





Ni suh berdiri belakang jerung pun takut. Takut kena tinggal apak dia. Adoiiii laaa anak. Cubit kang. Ape laa kau cuak sangat sampai nak berkepit je. Bagus bawak anak2 jalan pegi tempat macam ni. Nak bagi pendedahan luar sikit. Tambahan zara ni exprem baby. Memang keje mak dia nak bagi berkembang sel-sel otak dan pergaulan.





Oklaaa mak tengok jerung ni mengulor rasa mak nak join baring kat situ. Punya kenyang korang eh. Insyaallah next time bawak adik plak datang sini. Tunggu kakak besar lagi sikit kita datang lawat lagi. Kot laa kali ni aquaria ade buh barracuda ke giant pirana ke. Hehehe


Depan entrance tadi kitorang ada amik gambar ala2 CGI frame tu. Cantik gambar dia background ikan2. Sekali tanya harga terus mati impian nak beli. Sampai hati tau oouullss jual mahal2 kat akak yang pestaime ni. :-p




 Sekian lawatan sekolah dari budak masam.


Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment