Saturday, September 20, 2014

Admitted Lagi





Zara admitted due to bronchopneumonia. :-(


Musim sana sini budak2 demam batuk. Zara jangkit dari uma BS. Macam mana berjaga pun still kena jugak sebab condition dia kan. Tak apelah mak redha. Allah uji lagi...



This time zara kena attack teruk. 2hari xbole minum susu. Dia memang da kategori asma. Rapid breathing and tacky sangat. Kesian anak ibu...


Hari kejadian aku terus bawak dia pegi HAT Mizan. Hospital tragedy....aku terlalu penat nak handle alone kalau pegi HKL. Aku tawakal...maybe tragedy untuk aku but not for zara. 


Alhamdullilah hat mizan terima case zara. Risau jugak kot dorang tolak ke hkl balik kan. Emergency hat mizan ni memang tenang sangat. Dari jam 7ptg aku sampai and diberi rawatan segera. Tapi...jam 12 tengah malam baru admit wad. Huhuhu




Proses nya lama sebab nak tunggu result xray..darah. Apak zara plak lambat sampai. Keje jauh...macam ni laa. Nasib baik mak atok ade dia teman sampai apak zara sampai. 





Time ni memang zara weak sangat. Sian plak tengok dia. Melepek je kat bahu. Nak bertatih pun tak larat sebab nafas da terlalu sempit. 





1st day hat mizan. Kalau bab makan memang win. Macam prince court da. Makan 5x sehari. Lauk menu memang tak sama dengan HKL. Kat sini kalau paeds je menu terus dapat dua pinggan. Tak kisah laa nasi ke bubur tapi mesti dua. Anak punya lain...tapi mak nye yang bedal.


Treatment kat sini lebih kurang sama dengan HKL which approach nya nebulizer..antibiotik and oxygen supply. Beza nya dia tak pakai oxygen dinding. Mesin yang digunakan nama nya air flow.


Aku memang da biasa mesin ni sebab zara dari kecik pakai cuma bukan pakai cpap lah. Wayar dia lekat kat pipi da rupa mustache! Alahaiiii seksa nak menjaga tiub nye.




Da serupa pendekar anak dara aku. Ni hari ke 3. Nafas masih tacky tapi much better. Alhamdullilah....nak tak nak mau 6 hari jugak berkampung. Sebab dia on antibiotik 5hari.




Baju da macam baju melayu. Paling tension nak jaga bila hingus dia meleleh2 pastu dia jilat. Ooooiiiii sakit mata mak. Nak bersihkan hidung dia bersilat pencak 4 jurus. Dengan dia tendang lagi perut mak nye. Mmmmmm......


Ayam rendang sempena cuti hari mesia. Amik hati mak pesakit kata nya


Hari ke-5...zara da sembuh. Oklaa da off oxygen masa hari ke-4 and she breath well. Batuk masih ada tapi physio check tak banyak kahak and lungs sound equally.




Tau nak balik da esok nya. Posing ayu je...pandai kan. Mak nye pun da stress dok wad lama2. Dari wad penuh sampai tinggal kami berdua je. Mau tak tensen...


Kalau anak masuk wad ni paling mencabar mental bila dia kena cucuk line nak masuk ubat lah amik darah lah. Tu saat paling crucial seorang emak-emak.





Finally zara dapat ubat ni. Most of asma kids makan ubat singulair ni. Sepanjang treatment zara di HKL dia tak penah dapat ubat ni. Kata nya ubat ni tersangat mahal.


Efek lepas makan memang cepat. Nafas zara cepat lega and calm. Bila discharge doc supply ubat yang sama tapi dalam bentuk tablet. Kena tumbuk and hancur kan. Alaaaaaaa.....susah tu!!!!


Hat mizan tak ade stok. Tak pe...next month appointment zara kat wad and aku nak jugak mintak yang serbuk. Tak kira! Cececeh mintak macam lah kau pangkat jeneral kan. Prevention tu penting.


Alhamdullilah zara getting better and strong. Mak doa sangat zara dikurniakan kesihatan yang baik. Tak nak sakit2 sayang. Cepat boleh berjalan dan jadi kakak yang baik untuk adik. Eh last2 touching plak...





Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments:

  1. ye laaa... mcm pendekar!

    izara kuat! ibu pun kena la kuat juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah...kena kuat. kalau tak sepa nak jaga budak2 umur 31 ngn 2 taun tu kan? hehe

      Delete