Thursday, August 14, 2014

Selamat Hari Raya 2014




Giles lama baru nak update. Raya pun nak abis. Bahahaha


Tak apa..raya kan sebulan. Alhamdullilah taun ni dapat aku beraya dengan zara and family MIL. Suppose taun ni kat Muar. Sendu jugak terpaksa beralah.....memang macam ni lah tiap2 taun. Mak redha ^_^


Tema taun ni merah mak ngah. Plan tukar last minit since kaler baju kena ikut anak. Aku tingin nau nak pakai kaler turqoise tapi baju zara susa nak cari saiz. Kena tempah tailor yang mana da tak sempat and aku tak koser. Jumpa saiz terus grab! Dan2..mak apak dia kena ikut. Alaaa tak kisah pun sebab nak pakai raya pertama dengan kedua jer.



Zara ni memang susa kalau nak ajak bergamba. Memang tak suka pandang kamera. Lagi2 penonton ramai kat depan. Payah giler nak suh dia pandang. Raya tapi muka masam. Hahaha



Alahai anak dara mak ni.....merah! Da besar....pegi kedai cari baju semua 2 years old. Kitaorang bajet anak cecomels lagi so feeling nak jugak saiz 1 year...rupanya memang ngam2 je baju kurung ni. Cuma kelim labuh baju je. Uwaaaaa anak mak is growing up!





Apak dia excited dapat beraya dengan mak dia. Yelaa kampung dia kan....mesti lah happy sampaikan bergambar tak ajak pun bini join. Sikit2..."cepat sini amik gambar saya dengan zara. ok dengan nenek plak. ok sini cantik nak posing...bla..bla". Tak ajak pun bini dia okeh. Dia tau tak aku mengah nak tunggu time yang cun untuk snap gambar? Yelaa sedar...bini tengah kembong terlebih. Bini dia babai kan aje..bila anak berak saja diperlukan. Eh..Hahahaha




Cuaca hari pertama raya yang selesa. Hujan renyai pagi nya sampai ke petang.


Gambar ni bukan keajaiban bila dia boleh pandang kamera sebab makcik dia rasuah pocoyo. Kan...sampai macam tu sekali nak suruh dia tengok depan. Tak pasti laa pemalu ke or dia tak nampak. Selamba je aku pegi raya pakai selipar Asadi. Haahaha ade mak kesah? Da tau pun agenda raya nya ape. Rumah sedara mara pun dekat2...hujan plak tu. Selipar lah paling sesuai.





Dan....begini jugak laa anak dara mak punya peel bila jumpa sedara mara. Menepek melekat 24 jam dengan mak apak dia. Tak boleh tinggal seminit. Pantang mak apak hilang di mata dia bantai melalak macam kena sebat. Hal2 macam ni memang buat aku pikir doblas kali nak pegi raya umah orang.



 With my best..loving and sporting MIL ever.





Dapat makan lemak pucuk tauhu dari Nek Bik. 2 taun tak merasa weh.....alhamdullilah taun ni Allah izinkan. Kalau kat melaka ni memang glamer masak sambal pucuk tauhu ni. Menu wajib hari raya. Tempat lain tak ada. Eh yeke...mandai je aku ni.



Tengahari tu family kakak doncet pun datang singgah beraya. Besar dah si kakak ni. Mulut masih jerman. Bercakap je tak henti....sebutir tak paham! Even tak dapat beraya dengan family sendiri aku da cukup happy bila mak abah datang beraya Melaka. Mak abah memang every year datang jenguk besan. I'm blessed.




Petang nya terus beraya ke Bukit Cina..kampung abah aku. sunyi sangat raya pertama sini. Cucu-cucu semua banyak dah kawin so masing2 ada family. Lain sangat..rasa tak lengkap. sejak kawin pun bape kali je aku sempat jenguk umah arwah atok.


 

Budak masham ni memang tak ada keje lain selain menangis...tido. Dia takut dengan orang yang dia tak penah jumpa. Macam kan orang tu nak amik dia bawak lari. Penat nangis...dan2 tido. Pandai dia cari jalan selamat. Bukan time tido pon....




Ni gambar arwah moyang belah abah aku. dorang cakap muka aku ade iras2 moyang. Errkkkk yeke?? Belah abah ni baba nyonya and biasa nya kalau hari raya memang makcik2 aku apply pantang larang yang kebiasaannya orang cina buat. Adat....

Dulu masa arwah atok ada...hari raya dengan CNY memang meriah gile bukit cina. Siap buat open house. Tapi semua tu tinggal kenangan. :-(



Gambar kenangan pada tahun 1992. Sebahagian dari waris Hj. Mokhtar. Teka laaa den yang mana satu. Giteww......pesen tudung jaman dulu. Tak ada fareeda...ariani. Pakai serkup tu kira da meletss abis lah. Hahahaha


  Baju raya kedua. Sama jugak...red. Hahaha



Handbag Aidilfitri Apak Zara

Pagi raya kedua terus gerak pegi Muar. My hometown....mmmm rindu sangat time bujang2 ketawa berdekah sambil makan kuih raya. Bergosip mengumpat besama kazens. Really miss that moment. Skang masing2 pegi raya dengan boipren...tunang. Betul laa kan...raya dulu dengan skang jauh beza. Tambah sendu bila aku tengok hari raya budak2 layan gadjet. FB..instagram and SELFIE!


 Lebih syahdu bila petang2 ade segrombolan budak dari kampung mana datang bagi salam. "SAMEKON...NENEK..MAKCIK PAKCIK...KAMI NAK DUIT RAYA. TAK NAK MASUK TAK NAK MINUM TAU"


Ni jelaa cite hari raya aku yang membosankan. Hahahaha




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment