Friday, August 22, 2014

Cukup Memedihkan Mengebaskan Hingga Ke Tulang Belakang




Amacam tajuk?


Malam rabu lepas jam 11.15pm aku warded HKL. 


Kisahnya pagi rabu ada jamuan di ofis. aku melantak koktel ko tak hengat punya. 4 mangkuk...sedap sangat! Konon nya da melepasi 6bulan boleh laa makan. Sebenarnya masa bedal tu tak perasan pun ada nenas dalam tu. Mungkin sebab nenas dalam tin rasa tajam nya da hilang. Mandai je kan...


Lepas makan tu start pukul 2 petang perut da rasa semacam. Tapi aku steady je lagi. Keras giler perut tapi tak rasa sakit contraction ke apa. Sampai lah petang lepas amik zara aku rasa tak selesa. Bila baring lagi lah rasa senak and tiba2 rasa macam sengugut. Ahhh sudah....gelabah da ni. 


Sengugut tu memang datang jer tapi perut tak ada contraction. Risau da ni...malam lepas maghrib solat semua terus ajak suami pegi emegency PAC kat HKL. Bila duduk tak rasa apa...baring je rasa sakit. Sampai PAC macam biasa laa kena inteviu semua kan. 


Doc scan and buat check contraction level. Alhamdullilah semua ok. Baby are fine...heartbeat normal..and yang penting uri pun ada di tempat yang betul. Air ketuban pun so far cukup. Mula2 doc pelatih yang check. Hurmmmmmm da kata pun pelatih kan. Diagnosis nya tak betul. 4x scan dibuat and last sekali baru Doc pakar turun and check sendiri sebab doc duty malam tu tak ada pengalaman handle history preterm labour. 


Bila depa baca buku merah ada label H/O preterm labour 24weeks! They dont believe that my baby now survive and live healthy. Aku cakap "anak saya ada kat luar. yang paling bising tengah membebel tulaa dia" Hahahahaha dan2 doc and nurse nak pegi tengok. Hello.....mak kat sini tengah terkangkang ni. Jan tinggal aku lama2 eh.


Ternyata tak semua doc yang ada ni penah experience handling at NICU. Dorang fikir baby yang under 900grams normally cannot survive. Well doc...u should see urself kat NICU tingkat 2 tu. Ramai preterm baby yang survival! They are miracle :-)


Doc cakap tak ada tanda2 labour. Contraction pun tak ada. Tapi kena warded sebab doc tak nak amik risiko kot dia bagi aku balik then nak bersalin tiba2. Sebab masa scan tepat2 24w 6hari. Same date masa lahirkan zara dulu. They decide to give Dexamethasone dose untuk matangkan lungs baby. Ok yang ni cuak! Sebab banyak aku baca review suntik Dexa ni sangat azab!


Aku diberi suntikan Dexa 0.5ml for every 12hours. Means malam jam 12 tengahmalam and esok pagi around 12 pm another one dose. Masa dia suntik dia....memang tuhan saja yang tau sakit nya. Pedih kebas...sakit sampai rasa ke tulang belakang. Mengigil nak jalan lepas injek tu. Untuk adik apa saja ibu buat sayang... :-(


Actually aku rasa relieved sikit lepas da dapat Dexa ni. At least mengurangkan risiko or komplikasi yang banyak pada baby if bersalin awal. Doc buat speculum juga and dia cakap keputihan aku banyak. Takut infection and doc bagi ubat insert ni.....huhuhu tak penah lagi dapat ubat macam ni.




Hopefully dengan bantuan Dexa ni....proses nak bersalin dapat dilanjutkan and dapat merasa sehingga cukup bulan. Amin....


Ramai orang cakap bila suntik Dexa ni nanti anak jadi hyperactive or ada yang jadi lembab. Insyaallah...didikan awal bermula dari dalam rahim ibu lagi. I'll try my best and serah segala-galanya pada Allah. Dia yang tentukan perjalanan hidup kita.


Aku amik yang positive saja. Semoga adik sihat and baik2 dalam perut ibu ok. 3 bulan je lagi sayang. Caiyok!! I love u!






Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

3 comments:

  1. Saya pun ada ambik injection dexa ni dulu...alhamdulillah everything was ok. InsyaAllah will it turn out ok for you too. take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx mumtaz! sy memang harap sangat. Doa banyak2 and sy pun doa semoga awak selamat semuanya. neves kan? hehe

      Delete
  2. insya allah semoga allah permudahkan...caiyookk adik izara...3 bln je lagi :D

    ReplyDelete