Wednesday, August 20, 2014

Alhamdullilah





Alhamdullilah. Operation berjalan lancar. A new progress for zara.



Gambar ni mak snap masa pagi sebelum masuk OT. Sebenarnya admission hari ahad. Skang wad bagi kelonggaran kalau sepa uma dekat nak balik. Apelagi memang home leave lah. Huhuhu tak koser nak lama2 kat wad.


Wad mata ni campur laki pempuan tua muda. Katil baby memang tak disediakan. Pandai2 lah nak berhimpit anak beranak macam mana. Aku ni dengan perut nya lagi....sungguh mencabar keimanan bila kata kena stay ward 2-4 days. Bukan apa....aku terbayang kalau malam nak tido. nak handle zara ni kena banyak sabar. Da ler minah ni tido boyish giler. Selagi dia tak dapat bergolek dari hujung ke hujung katil memang tak tido laa dia.





Sebelum OT tangan kiri kanan disapu krim untuk bius ke apa. Tak ingat da. Gelabah weh anak nak kena operate. Aku anta zara sampai OT. Perasaan aku masa ni.....tak terkata sebaknya. Kesian anak mak terpaksa lalui semua ni. Kesian....


Sepanjang dukung dia pegi OT meleleh airmata aku. Memang untuk kebaikan dia tapi nak mengharungi saat ke arah kebaikan tu betul2 menyeksa hati dan perasaan seorang mak. Kalau boleh ganti tempat da lama aku serah diri. Hopefully lepas ni tak ada lagi operation. Ya Allah...aku tak sanggup.





After 2 hrs of surgery finally zara kuar dari OT. Macam biasa masih mamai sebab ubat bius masih ada. This time keadaan dia lepas bius much better dari yang mula2 dulu. Doc cakap lepas settle kejut dia...panggil nama terus dia sedar even tak bukak mata. Last ritu sampai 3jam nak bangunkan dia. Rupanya kurang gula. Puasa terlalu lama. :-(


Kali ni aku da ready. Siap je operate terus bancuh susu and standby air masak. Sebab aku tau kompem anak aku lapar giler. Zara ni jenis tak suka air masak. Lapar punya pasal abis jugak 5oz air masak sekali minum kau. Then baru bagi susu.





Ni kesan bila budak meragam mata pedih dan gatal. Zara kuis2 tempat drip air tu. Memancut darah kuar. Ye...mak paham tak selesa. Sabar laa sayang....


Doc cakap kena stay ward a few days. Maybe 2-3 hari sampai dia boleh bukak mata. Petang tu zara da ok cuma mata masih radang lagi. Aku nak nangis sebenarnya bila nak dekat waktu malam. Benarlah sangkaan perasaan aku ni. Zara meragam je.....tak nak dukung tak bertatih. Baring pun tak nak. Last2 dia protes landing atas lantai ward macam ni. :-(



Sepa tak meruntun jiwa tengok anak macam ni. So aku pun sama nangis dengan zara. Peduli lah kan orang nak cakap apa. Malam tu da start buat patching. Kena paksa dia bukak mata kanan yang di operate tu. Awal2 ni dia memang tutup je. Pedih agaknya...



Esok pagi nya doc suh beli lens kat farmasi. Kena ganti balik stok yang HKL da pakai tu. Sebab nya kan ritu da miss appointment so Doc tak bagitau pun kena beli lens awal2. Yang best nya doc cakap harga lense ni tak mahal around RM30+.


Sekali sampai farmasi haaaa kau....RM560 rege dia. Seb baik ada duit raya. Dapat ler topap sikit. Kalau tak..doc tak bagi discharge ward. kata nya lah...



After 4 days kat ward finally berjaya pujuk doc untuk sambung treatment kat uma. Syukur sangat sebab aku tak tahan nak dok lama2 kat situ. dengan keadaan skang memang tak mampu. Allah permudahkan satu jalan.


So macam ni laa mata zara lepas operate. Merah sebab radang baru nak kurang. Time macam ni sangat crucial sebab kena make sure everything clean. Tangan jari jemari dia kena salu lap. Zara plak skang habit suka main air liur. Memang kejap2 mak nya lap tangan basuh tangan. Nanti kalau gosok mata susah takut kuman.


Kat uma as advise kita continue patching session 24hrs for 2days. Then baru turun ke 6hrs per day. Alhamdullilah nampak perubahan besar lepas laser which zara tak meragam bila start patching. Before laser bila kita tampal je mata kiri terus dia lentok melalak nangis sampai tetido. Kali ni much better. She's start learning to use mata kanan tu. Tak ape...slow2 ye nak.




Kali ni kami dapat idea how to make patching session easier and less pain. Sebab kulit budak ni sensitip. Pelekat yang ada tu bila kena kat kulit zara dia jadi macam melecur. Mengelupas and hitam. Poor baby.....


So apak suggest to remove plastic lens kat spek mata belah kanan since power pun memang da tak sama and patch kan sticker kat mata kiri. Settle....senang keje mak. Zara pun selesa and memudahkan mak apak dia bila nak start and ending session. Ngeee....


Seminggu lepas balik uma terus buat post OP appointment. Nak check current power and silau. Doc cakap power kanan dia da normal which balance with left eyes. Mak macam.......terkelip2 dengar tak percaya. Teknologi skang.....nothing is impossible! From 1500 now bacaan mata kanan is 25! Doc cakap buat masa ni monitor saja. Spek tak perlu pakai just kena latih zara guna mata kiri kanan dengan balance. :-)


Alhamdullilah......



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment