Thursday, July 17, 2014

Adik





Last week pegi scan adik. Lama tak tengok dia since check up kat KKIA last month. kali ni rasa macam nak lepas gian buat 4D. awal giler kan? hahahaha tak kisah lah sebab nama pun gian. Masa time zara tak sempat nak buat. Geletis tak mak nya 17weeks dah gedik buat 4D.





Masa doc switch screen to 4D tiba2 rasa nak nangis sebab at this week dah clear nampak bentuk muka. Alhamdullilah...semua ok. baby sihat and setiap tulang jari jemari dia aku nampak jelas. Ya...anak2 mak semua kuat.


Sebak...kalau lah masa zara dulu sempat buat. kenangan tu mesti tak dapat dilupakan. Scan ni aku buat kat Klinik Famili Wan Kamariah di Setiawangsa. Aku memang suka Doc and klinik ni sebab dia lengkap untuk scan and pregnancy purpose. dah macam klinik pakar. beza nya...bayaran nya tak semahal lah pakar yang selalu aku pegi tu.





Tengok anak mak tengah buat apa. Hisap jari kaki. Masa scan tu baby sangat aktif. Doc nak capture muka sikit nye payah. Mula2 tutup muka..tongkat kat dagu lah. Ligat pusing2 kat dalam tu. Doc cakap air ketuban aku sikit. Baby nampak sempit. 


Camne nak tambah air ketuban tu? Bukan ke air tu naturally develop? Memang aku rasa sakit sikit everytime baby is moving. rasa tak selesa tapi aku tak nak fikir2 sangat. lagi happy bila asik tengok je gambar scan ni.


Paling best scan kat klinik ni...dia provide CD skali. then aku ingat dalam CD tu ada gambar semata. videos skali ok!!! oh maiiiii....tak jemu2 aku tengok pergerakan baby. Allahuakbar......seronok sangat! total consult and treatment plus CD is only RM136. puashati mak! 


ok baby...semoga membesar sihat cukup 9 bulan kali ni. Amin...
 
 



Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

3 comments:

  1. ameen. Moga baby ni cukup term. sy pun baru gi scan 3d/4d kat situ rabu lepas.

    ReplyDelete
  2. syoknyaaaaa.... insyaallah baby kuat!!

    ReplyDelete
  3. insya allah!!!! seronok la baby tgk video dia bila besar nanti!

    ReplyDelete