Wednesday, June 11, 2014

Tragedy



Its happen again..... :-(




Heavy bleeding and this time too worst. sebak nya rasa tak tau lagi mana silapnya sampai berulang lagi. nak menambah sedih....masuk hospital sehelai sepinggang. mengharap baju wad jelaaa. benda ni jadi tiba2 masa tengah kursus kat JB. 


suddenly terus turun darah non stop masa kuliah tengah mula. meleleh darah tak henti. nak bergerak pun tak berani sebab lagi gerak lagi tu darah kuar dengan banyak. tak ada rasa sakit atau apa2 tanda pun sebelum turun darah tu. aku tawakal....


sebab previous pregnancy da penah jadi macam ni..so aku lebih calm. skang ni kalau pegi mana2 dalam kepala otak aku where's the nearest hospital. bila jadi macam ni so aku tau dengan sepa aku perlu mintak tolong and nak pegi hospital mana. 


kebetulan boss jadi partner aku untuk kursus kali ni. so dia banyak tolong aku. cuak lah dia jugak tengok darah melambak macam tu. aku memang tak boleh nak bangun so aku tak harap sepa2 nak angkat aku kuar dari bilik tu. i just need a wheelchair.


nasib baik hospital tak jauh dari hotel. dalam setengah jam lebih kurang ambulan sampai. menjejes2 darah aku even dah duduk kat wheelchair. nak nangis plak rasa skang ni bila ingat balik. aku di bawa ke hospital sultanah aminah JB. 


2 kali tukar katil di emergency sebab darah terlalu banyak. scan....semua ok. baby doing fine...heart beat ok..condition and everything is well. speculum also done and nothing yang pelik2 dijumpai. report masih undetermined. 


emergency dia ok..service cepat cuma bengang sikit dengan doc cinbab kat situ sebab mungkin dia kafir kan. boleh tak dia cakap kat aku..."u nampak calm relax saja...tak ada takut nangis2. u tak nak ini baby aar?" nak buat macam mana da nama pun kafir. 


kalau aku resah2 gelabah tak tentu hala tak pasal2 BP aku naik heart beat aku goncang semacam dah jadi satu hal kau diagnose aku ntah apa2 je kang. dari elok2 aku tak ada masalah banyak masalah nanti.





the service untuk admit ke wad sangatttttttttt lembab. aku tunggu depan wad dari jam 1.30 tengahari sampai laa pukul 5.30 petang. perut aku da masuk angin sangat. mentang2 mak tak bawak GL jadi layanan nya macam mak orang vietnam lah.


padahal aku ni baru lepas bleeding teruk. katil aku paling hujung nun jauh di belakang. toilet nya  kat depan sekali. standard laa ward kelas 3. tak apelah jalan slow2. sampai katil tengok makanan da angkat. memang jurus airmata aku ni mengenangkan nasib. dah laa anak laki jauh...esok petang baru dorang sampai. uwaaaaaaaaaaa


agak nurse tengok muka aku macam pelarian...dia carikan jugak nasi telur kicap untuk aku. nasib baik ada yang memahami. tima kasih....






kalau duduk belakang sekali ni selalu nya dorang assume bukan masalah berat. hurmmmm....lepas makan tu aku baring sambil menangis. betapa sedihnya rasa kosong....anak suami jauh. sedara mara semua tak ada sebab cuti sekolah. 


tak apa....Allah duga lagi aku kali ni. tapi bila malam aku macam tak boleh nak tahan. menangis sampai tetido. bayangkan masuk wad sehelai sepinggang. baju bra..spender semua tak ada. pad pun dorang tak supply suruh aku pegi beli sendiri. at least HKL supply lah sekeping sementara waktu. nasib baik urusetia kursus da belikan. masalah nya spender tak ada. 


aku mintak nurse buat kan tali ikat keliling pinggang. lagi aku sedih da macam orang asli africa dalam cite cina dulu2. ahahahahaaha ketawa kan diri sendiri pastu malam2 nangis. 





esok pagi nya breakfast aku hanya ini. tak cukup tapi alhamdullilah ada lah dari tak ada langsung. masa doc pakar round and check aku dia cakap tak ada apa2 cuma mungkin rahim tak kuat. aku question jugak kalau rahim tak kuat memang darah akan kuar banyak ke. doc pakar cakap tak semestinya. dia kata mungkin aku buat projek sebelum ni sebab tu threatened miscarriage.


aku tahan perasaan marah ni dari meletup2 . aku dah explain NO intercourse since tau da pregnant. apesal masih cakap benda2 macam tu like aku ni tak sayang anak. aku cukup sensitif soalan2 macam tu sedangkan aku memang PUASA!

 
petang tu result darah semua da kuar and semua ok. darah pun da stop and they discharge me. lega....tak perlu drama lama2. lepas kuar wad tu terus balik hotel. lepas bleeding terus perut aku rasa semacam and sakit macam senggugut.


balik melaka aku pegi klinik and scan lagi sekali before balik KL. doc cakap baby ok. perut sakit tu tanda kandungan tak stabil. doc cakap kalau lepas ni bleeding lagi probably baby kuar sekali tu tinggi. doa saja banyak2...insyaallah ada rezeki tak ke mana.


sejak itu...aku jalan macam orang tengah pantang. kalau janji pukul 8pagi..mungkin satu jam setengah baru sampai. hehehe ni


harap kali ni dapat bertahan sampai full term. amin..amin..amin




p/s: ada yang suggest pegi berubat traditional or darus syifa. mmmmmmm.....





Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

1 comment:

  1. sebak baca entri ni..banyak pengajaran disebalik kisah ni..
    sabar ye..

    ReplyDelete