Wednesday, June 11, 2014

Lazy Eyes-Training





Update progress mata zara. last month da terlepas operation date. ada misscom sikit since pihak HKL pun tak nak mengaku kalah and aku tak ada pilihan lain lagi selain terus menunggu. 


date yang klinik mata bagi adalah admit ward pada 25/5 dan operation 26/5. suddenly wad mata call mintak aku admit 4/5. macam mana tu sedangkan preparation aku da buat untuk tarikh yang memang aku da pegang.


and aku tak rasa mental aku ready untuk operation yang tiba2. lagi2 yang melibatkan zara. jangan lah buat anak aku macam anak ikan. at least we need a week to be prepared physical and mental. ape perasaan kau kalau bangun tidor tiba2 kau kena sorong masuk bilik bedah??????

aku tak sanggup zara di laser tiba2....




ya aku memang paham kalau missed appointment kat HKL memang berkurun kena tunggu. tak apalah semantara tunggu tu aku train zara kat uma.



ni antara training yang perlu dibuat untuk melatih mata kanan zara. so far...zara mata kanan zara masih lagi ke kiri kalau mata kiri ditutup. terpaksa layan tangisan sendu dia sejam. bila da tutup macam ni zara memang refuse to do anything. 


kena banyak sabar. da tu pandai pulak dia cabut spek mata tu. patches yang HKL bagi ni ada 3keping je plak tu. kat farmasi jual mahal giler. tak salah aku 10pcs paling murah harga around RM50. sebab dia asik cabut spek..aku amik patches tu tampal terus kat mata dia. meraban jugak si zara ni rimas.



jadual ni klinik mata bagi untuk commit training everyday. kena catit bape lama train mata dijalankan. nak dapatkan 3jam memang tak lah. dapat half an hour pun aku rasa da ok. masalah zara ni unik sikit sebab tak ramai baby prem lepas ROP laser mata akan besar sebelah. 


tapi kes dia jadi macam tu. jarak besar mata kiri kanan beza jauh pulak tu. doc pakar plan nak ganti kanta palsu. tapi tak tau lah bila since aku tak dibenarkan untuk follow up direct dengan klinik mata mau pun dengan pakar. memang HKL macam tu. kena tunggu dorang yang carik kita. :-(




cara training masih sama dengan menggunakan teknik cahaya dan black and white stimulation. tiap malam sebelum tido aku akan tutup lampu. then amik toys yang liplap tarik perhatian mata kanan tu. challenging sangat sebab zara buat tak tau saja. :-(


then i found a story about this baby Emma. mata dia pun ada masalah juling yang sangat teruk. so doc sana decide buat laser untuk betulkan juling dia and to avoid lazy eyes.  teknik dia sama macam yang aku apply skang ni.






yang pasti Emma ni bukan baby prem cuma memang since born ada masalah mata. banyak review aku baca pasal laser operation ni. mostly said laser ni cara paling cepat smooth and tak menyeksakan sangat. but very costly.


kalau aku banyak duit memang da anta zara pegi laser prof muhaya tu. kalau laaa....hehe tak pelah banyakkan bersabar saja. then after the laser salunya mata akan rasa macam berpasir. time ni memang baby akan always menangis and gosok2 mata. normally akan berlarutan sampai seminggu depends on their condition.





contoh macam ni lah. mata akan kemerahan and baby akan cranky. bersedia lah emosi mak nak menjaga zara nanti.




this is the latest Emma. harap nya laser mata tu akan berjaya and mata zara akan pulih. teknologi skang ni memang banyak yang tak mustahil. tinggal lagi kita mampu ke tak. aku tak akan putus asa selagi masih ada kudrat aku usahakan untuk zara. semoga doa mak ni dimakbulkan dan zara dapat menggunakan dua2 belah mata dengan baik. walau hakikat sebenar...macam nak nangis tertiarap tensen tiap kali zara uji kesabaran mak. :-(





Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

No comments:

Post a Comment