Monday, June 09, 2014

Dubu-Dubu




JJCM kali ni sebenarnya tak plan langsung. Asalnya nak pegi expo baby je dekat Mid Valley. ntah macam mana sampai sana memang tengah kebulur.


boleh lah aku lupa kat tingkat atas sekali ade food court and a few restaurant. LUPAAAAAAA!!! maklumlaa 3taun sekali jejak MV. hehehe


sebab kan nak save tenaga kot nanti nak meronda dalam expo kan lama2...so kami jalan2 je kat LG. sekali tu nampak korean restaurant. Dubu-Dubu nama nya. ya....ramai orang sampai queue. ikut hati nak makan sushi king je. konon nak mencuba selera baru. 





Menus semua nya nampak tempting and must try. haaaa gitu punya illustrasi gambar menarik perhatian tekak mak ni. harga boleh tahan lah tapi rasa nya macam bebaloi lagi makan buffet kat soul garden. heh!


so we decide to take menu yang set. senang kata nya. aku pun tak ingat lah nama set ni. yang aku ingat dalam set ni ade sup nama sundogi sup. yelaa kot nama dia macam tu. hahaha



da nama nya amik set maka air pun set yang tetap tak boleh ubah. roasted barley kata nya. siap ade appetizer dia bagi free. appetizer dia ala2 tofufa manis tapi tohu dia ciput je. sekali hirup air dia.....alamakkkkkkkk tak boleh telan. plain...and rasa macam minum air barley hangus. roasted lah dia kata! 


tapi plain and tawar. so aku pun memandai laa tuang dessert tadi dalam air. boleh lah manis buah sikit dari tak rasa apa2. oooooohhh maiiiii...tekak i langsung cannot terima. apak zara lagi laa...muka dia je da cukup nak explain how horror the taste is. hahahaha




Yang ni laaa nama dia Dubu-Dubu Rice. nasi dia rasa macam beras perang Eco untuk pesakit darah tinggi tu. kelat tawar dan keras nasi dia.




Disebabkan aku rasa macam lauk2 dia tak kena tekak aku pun add-on chicken wings dia. kata nya super spicy. sekali da makan.......tak pedas pon. tang mana yer super spicy tu. hehehe rasa nya dia pun so-so je.


jadi kalau tengok kat tv tu korea makan pedas2 aku rasa tak bape pedas laa kot. cuba bagi dorang makan belacan kita. tengok camne. :-p




sup sundogi dan kimchi ni aku rasa adalah jawapan kepada kenapa kulit2 orang korea cantik mulus. selain dari dorang buat plastic surgery laa. eh

sup dia tak ada oil. pakai reneh je segala tok nenek tauhu telor bagai. plain....tawar. kimchi tu ok cuma aku rasa macam masam nau. cannot telan jugak. yang boleh IN set bulgogi ni iaitu daging dia. tapi bawang dia kemain menimba kau da macam pakai tukang masak dari bangla. ke memang gitu style korean? hehehe




total makan semua sekali RM78. rasa nya baik pegi tepanyaki or sushi king. maybe korean food ni aku boleh layan soul garden saja. atau korean food DO-IT-AT-HOME. hehehe


moral nya JJCM kali ni....tekak orang lain2.




Affe Hussin
Affe Hussin

Affe Effie Afie. Mom of two special adorable kids. This is my personal journey on raising my kids. Follow me if u like my writing. TQ

2 comments: